top of page

YAYASAN

KEBAJIKAN

GAYONG MALAYSIA

Logo_Letterhead.jpg
SIJIL YAYASAN.jpg

SIJIL PENDAFTARAN YAYASAN KEBAJIKAN GAYONG

11hb Okt 2017

Akta Pemegang Amanah

(PEMERBADANAN) 1952

[Akta 258]

CARTA FUNGSI.jpg
Jawatankuasa.jpg
KHAIRAT YAYASAN GAYONG.jpg

SKIM KHAIRAT KELUARGA TERSAYANG
(DENGAN KERJASAMA KHALIFAH GROUP)

MODEL PENGURUSAN

Khairat Kematian_Model Pengurusan.jpg
SENARAI PEMOHON - KHAIRAT KEMATIAN 2022_Cover.jpg

SENARAI PEMOHON SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Bersedialah

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati, Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali-Imran ayat 185:

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan".

Allah Subhanahu Wata'ala telah menentukan ajal seseorang sejak azali lagi. Apabila sampai ketikanya ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun. Malaikat Izrail yang ditugaskan mencabut nyawa tidak kira di mana pun tempatnya, keadaan dan kedudukan seseorang itu. Apabila nyawa sampai di kerongkongan segala pintu taubat telah ditutup dan penyesalan pun tidak berguna lagi.

Sedarlah wahai kaum muslimin, orang yang tidak ingat kepada mati sentiasa akan berada dalam kerugian. Bertaubatlah dan beribadatlah dengan segera, jangan ditangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila ajal akan tiba, mungkin hari in, mungkin esok atau lusa, hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Oleh itu, beringatlah sebelum menghadapi kematian kerana memang sudah lumrah sifat manusia mudah lupa dan sering dilalaikan dengan kemewahan harta, pangkat, anak-anak dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Munafiqun ayat 9:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah dan sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi"

Sesungguhnya ajal pasti akan datang tanpa mengira waktu, keadaan dan usia. Oleh itu berusahalah untuk menjadi umat Islam yang beriman dan bertaqwa dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, melaksanakan suruhanNya dengan sempurna. Sama-samalah kita berdoa semoga kesudahan kita dalam golongan khusnul khotimah iaitu mati dalam keadaan yang baik dan beriman, diberi kesempatan bertaubat sebelum kematian, mendapat rahmat ketika menghadapi kematian, keampunan selepas kematian, mendapat kebahagian pada hari perhitungan (hari akhirat) dan terlepas daripada siksaan azab api neraka. Semoga kita sentiasa mendapat keampunan, keredhaan serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Ya Rabbal Alamin.Surah An-Nisaa' ayat 78:

"Di mana sahaja kamu berada, maut akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng tinggi yang kukuh. Dan jika mereka (orang-orang munafik) beroleh kebaikan mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah, dan jika mereka ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini dari sisi engkau wahai Nabi Muhammad. Katakanlah: "semuanya itu datangnya dari sisi Allah". Maka mengapa kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran).

bottom of page