17 Sep 2024
Melutut ketika mengadap mempunyai pengertian dan tertib dalam adat Gayong. Ia memberi gambaran apakah status orang (murid) yang datang mengadap. Semua ahli Silat Gayong pernah melihat acara melangkah mengadap dan melutut dilakukan dalam majlis-majlis adat samada menerima bengkung, menerima sandang mahupun mengambil tapak memohon izin memula dan menutup majlis.
Seseorang melulut menggayakan Duduk Anak Harimau bermaksud murid ini telah melalui adat Perlimau Tapak. Manakala jika melakukan Melutut Hormat membawa maksud murid tersebut telahpun melalui adat Perlimau Seni. Dengan demikian semua murid wanita hendaklah mengamalkan kaedah Melutut Hormat dan demikian juga jika seorang murid lelaki yang telah mengikuti Perlimau Seni mengamalkan perkara yang sama.
Adalah dengan diminta supaya semua murid Silat Seni Gayong mengingatkan di antara satu dengan lain akan amalan ini. Walau baqaimanapun jika mengambil tapak tidak melibatkan penerima bengkung atau sandang melutut, maka amalan ini adalah tidak berkaitan.