top of page

SIDANG PERTAMA BADAN WARIS AMANAH SILAT SENI GAYONG (6 JULAI 2024, KUALA LUMPUR)

9 Julai 2024


Pada 6 Julai 2024, buat pertama kalinya diadakan Sidang Badan Waris Amanah Silat Seni Gayong.  Persidangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia (PWK).  PWK ialah sebuah pertubuhan yang telah ditubuhkan oleh ahli-ahli Waris Zuriat ADMAR demi untuk menjaga kebajikan keluarga dan harta ciptaan ADMAR.  Pertubuhan ini telah diluluskan pendftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 6 Okt 2020.



Seramai 40 orang telah menghadiri majlis ini,  sebagai peserta dan bersama jemputan pemerhati masing-masing.  Disamping delegasi dari PWK, peserta yang hadir adalah wakil dari:

·         Singapora

·         United Kingdom

·         Amerika Syarikat

·         Pertubuhan Silat Seni Gayong Panji Alam Malaysia

·         Pertubuhan Seni Silat Gayong Nusantara

 

Tujuan mengadakan persidangan kali ini ialah untuk mengisytihar penubuhan Badan Waris Amanah Silat Seni Gayong disamping menjelaskan fungsi dan peranannya .  Inisiatif ini diambil  untuk tujuan mengadakan platform kepada Waris Mutlak untuk bersemuka dengan badan-badan Silat Seni Gayong dalam negara dan luar negara bagi memantau usaha-usaha menjaga ilmu dan adat-istiadat yang dicipta oleh ADMAR pada peringkat masing-masing.  Waris Mutlak bersetuju mengambil inisiatif  mengenalpasti dan melantik Waris Amanah dari setiap badan ini.  Setiap badan diminta untuk mencalonkan murid yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu, adat-istiadat dan perjuangan Silat Seni Gayong kepada Waris Mutlak bagi mendapat pengiktiraf dan persetujuan sebelum dilantik setelah mendapat pandangan Lembaga Penasihatnya.

 

Sehingga ke hari ini Waris Amanah yang telah dilantik ialah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Bersatu/United States Gayong Federation.  Pada hari persidangan Silat Seni Gayong United Kingdom, Pertubuhan Silat Seni Gayong Panji Alam dan Pertubuhan Seni Silat Gayong Nusantara menamakan Waris Amanah masing-masing.  Mereka yang telah menerima sandang Waris Amanah ialah Ariffin Yeop Mahidin, YM Dato' Seri Utama DiRaja Profesor Dr. Ustaz Hj. Mohammad Fairus Bin YM Hj. Khairuddin al-Hasani.

 

Waris Mutlak masih menunggu persetujuan menamakan Waris Amanah dari pertubuhan negara Singapura, Australia, Perancis dan beberapa pertubuhan kebangsaan dalam negara Malaysia. Badan Waris Amanah adalah kemuncak kepada struktur pengurusan Silat Seni Gayong negara dan serantau.  Pengerusi kepada badan ini ialah Waris Mutlak, sebagai pewaris dan pemilik ilmu dan adat-istiadat Silat Seni Gayong yang sah.

bottom of page