top of page

PERSIDANGAN AHLI LEMBAGA WARIS AMANAH (ALWA) 2020-2025 PERTAMA

23 Julai 2020


Setelah tertangguh persidangan pertama kali ALWA 2020-2025 yang dijadualkan pada bulan Mac 2020 akibat dari pelaksanaan arahan penularan wabak Covid 19, PKP, tarikh terbaru yang dirancang ialah pada 19 Sept. 2020. Persidangan kali ini akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan KL, Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Walaupun begitu Badan Adat WP Putrajaya sebagai Jawatankuasa Pengelola sedang berusaha untuk mendapat tempat pilihan. Urus setia penyelaras pada peringkat pusat akan membuat pengumuman butiran majlis apabila ketentuan akhir diputuskan 2 minggu sebelum tarikh pelaksanaan.


Bersempena dengan persidangan ini, turut diadakan juga ialah Majlis Penyampaian Sandang dan Watikah. Di majlis ini akan disampaikan watikah kepada 2 orang lagi ALWA bagi melengkapkan anggota Lembaga Waris Amanah kepada 7 orang. Pegawai jawatan utama adat KL Putrajaya akan juga menerima sandang dan watikah di majlis tersebut. Badan Adat negeri-negeri lain turut dijemput sekiranya terdapat pegawai jawatan utama adat yang masih belum menerima sandang dan watikah masing-masing.


bottom of page