11 September 2019
Lembaga Beradat Kebangsaan akan mengadakan mesyuarat kali Ke 5nya pada 14 Okt. 2019. Sepertimana biasa agenda mesyuarat ini ialah untuk memantau tindakan-tindakan yang diambil oleh Lembaga Beradat Negeri atas keputusan-keputan yang dibuat di mesyuarat yang lalu disamping menyemak tindakan pada peringkat pusat (LBK). Mesyuarat dijangka akan membentang beberapa dasar baru untuk mendapat pandangan dan sokongan ahli. Antaranya ialah:
- penubuhan biro-biro baru (Sandang, Kewangan dan Pembangunan )
- perlantikan Penolong Bendahari
- pembukaan akaun sementara
- pelaksanaan Dokumen Aku Janji
- membangunkan Takwim 2020
Mesyuarat ini akan diadakan diTaman Melawati pada jam 1430. Semua ahli (Pengerusi Lembaga Beradat Negeri) dan jemputan-jemputan khas diminta untuk meruangkan waktu masing-masing untuk menghadiri mesyuarat yang dinyatakan.