top of page

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN (MAJLIS) WARIS KERABAT DITANGGUHKAN

17 Nov 2020


Urus Setia Pertubuhan Waris Kerabat telah mengadakan mesyuarat kali ke 2nya pada 7 Nov 2020 yang lalu bagi menilai progres perancangan persediaan Mesyuarat Agung Kali Pertama Pertubuhan. Mesyuarat ini dijangka akan diadakan di Hotel Riverside Tun Fatimah, Melaka pada 28 Nov 2020.


Agenda mesyuarat ialah untuk melantik Ahli Jawatankuasa Pengerusan, menerima dan meluluskan Perlembagaan dan meluluskan pembukaan akaun Pertubuhan. Perancangan mengadakan mesyuarat walau terpaksa ditangguh kan atas sebab perlanjutan tarikh PKPB sehinga ke 6 Dis 2020.


Dengan mengambilkira kemungikinan-mekmungkinan perlanjutan tarikh PKPB selanjutnya dan kesibukan pada bulan Janurari tahun baru, maka tarikh mesyuarat dicadangkan pada 6 Feb 2021 (Sabtu). Bersesuaian dengan pindaan ini maka tarikh penyampaian Watikah Pengerusi Lembaga Adat-Istiada Kebangsaan, Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan dan Ahli Lembaga Waris Amanah ke 7 akan diadakan pada 7 Feb 2021 (Ahad).


Keutamaan jemputan menghadiri mesyarat adalah dalam kalangan ahli biasa dan ahli anak angkat (yang dibesar dan dididik dalam keluarga ADMAR). Ahli-ahli ini berhak untuk mengundi dan membuat persetujuan meminda perlembagaan dan pengurusan kewangan pertubuhan. Kehadiran Ahli-ahli Kehormat hanyalah pada kadar pemerhati dan memberi nasihat.


Jadual Tindakan mengendali Mesyuarat Agung akan disemak dan dipinda bersesuaian dengan tarikh baru mesyuarat.


Comments


bottom of page