top of page

MENJADI AHLI BERSEKUTU PERTUBUHAN WARIS KERABAT PRASYARAT PERAKUAN SILAT ALIRAN ADMAR

18 Ogos 2024


Silat yang mengamalkan ajaran ilmu dan adat-istiadat diperaku sebagai silat aliran ADMAR.  Namun begitu perlu disedari bahawa ilmu dan adat-istiadat silat ini adalah hasil dari ciptaan dan karya ADMAR.  Dalam erti kata lain ilmu dan adat-istiadat ini adalah harta intelek Allahyarham, dan kini harta tersebut diwarisi oleh zuriatnya.

 

Pewarisan harta ini telah didaftarkan kepada MyIPO (Jabatan Pendaftaran Harta Intelek).  Hjh Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman dan anakandanyu Siti Zubaidah bt Hussin telah didaftarkankan sebagai pemilik harta berkenaan.

 

Dengan pendaftaran ini, maka mana-mana badan silat yang berdaftar perlulah mendapat keizinan mengguna ilmu dan adat-istiadat ini dalam kegiatan masing-masing bagi diangkat bertaraf silat aliran ADMAR.  Keizinan ini diperolehi dengan menjadi Ahli Bersekutu kepada Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR. 

 

Setiap organisasi silat yang berdaftar adalah terdedah kepada tindakan undang-undang bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) jika kebenaran mengguna ilmu dan adat-istiadat yang berkaitan pada mana-mana peringkat tidak diperolehi.


bottom of page