top of page

LEMBAGA BERADAT ADALAH URUS SETIA KEPADA BADAN ADAT

23 Mac 2020


Lembaga Beradat Kebangsaan dapat mengesan bahawa masih ramai yang tidak memahami bagaimana organisasi adat berfungsi. Ini telah dapat dikesan di Mesyuarat Khas AMJA dan ALWA pada 7 Mac 2020 di PULARES, Batu Gajah, Perak apabila adanya soalan-soalan seperti mempersoalkan kewujudan Badan Adat kerana Lembaga Beradat sudah ada untuk menguruskan hal-hal adat dalam sesebuah negeri mahupun pada peringkat kebangsaan


Perkara berhubung dengan hal-hal adat diperjelaskan dalam surat pekeliling adat (SPA 4/2018) dan juga peraturan adat (draf) dalam halaman Peraturan di web www.gayongadat.com. Di dalam kedua-dua dokumen ini menjelaskan bahawa dalam struktur pengurusan adat wujudnya badan yang lebih besar cakupan autoritinya dari Lembaga Beradat. Badan ini di pengerusikan oleh Imam Khalifah pada peringkat negeri, manakala pada peringkat kebangsaan di pengerusikan oleh Imam Khalifah Agong. Badan inilah yang membuat keputusan dasar berhubung dengan adat termasuk perlantikan pegawai-pegawai adat dan penerima-penerima sandang adat (berjawatan dan kehormat).


Manalala Lembaga Beradat adalah merupakan organisasi yang berfungsi sebagai urus setia bagi melaksana dasar-dasar yang diputuskan oleh Badan Adat. Dalam masa yang sama badan ini melapor kepada Badan Adat akan prestasi dan status tindakan mengenai isu-isu pengisian jawatan adat, status tindakan berhubung dengan perkara-perkara adat (pentadbiran, kewangan, pelajaran dan adat-istiadat) pada peringkat negeri, daerah/cawangan dan gelanggang. Badan ini juga mengelola dan menjayakan mesyuarat Badan Adat yang diurustiakannya. Lembaga Beradat hanya membuat keputusan dasar operasi hal-hal pentadbiranya dan bukan hal-hal dasar adat.


Struktur yang dijelaskan adalah untuk menjustifikasi jawatan-jawatan yang diwujudkan dalam lanskap bidang adat. Dimanakah letaknya jawatan-jawatan ini dalam pengurusan adat:


  • Imam Khalifah

  • Timbalan Imam Khalifah

  • Waris Beradat (14)

  • Ketua Beradat (14)

Jawatan-jawatan ini bukan jawatan dalam Lembaga Beradat. Jawatan-jawatan ini adalah jawatan dalam badan yang lebih kanan dari Lembaga Beradat yang disebut sebagai Badan Adat.



bottom of page