20 April 2023
LAIK mendapat laporan bahawa terdapat murid Silat Seni Gayong Malaysia memakai sandang yang tidak menepati peranan dan fungsi yang ditetapkan. Ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ahli organisasi yang berpotensi mengganggu kelicinan dasar yang sedia ada.
Sukacita dengan ini diingatkan bahawa sandang-sandang yang disahkan dalam sistem pengurusan LAIK adalah seperti berikut. Pengeluaran dan penganugerahannya adalah berdasar kepada keperluan sesebuah negeri bagi mendtadbir pembangunan dan pengajaran Silat Seni Gayong Malaysia:
Sandang Berjawatan
i. Imam Khalifah Negeri - 1
ii. Timbalan Imam Khalifah Negeri - 1
iii. Kipas Emas - 1
iv. Khalifah Besar - 4
v. Waris Beradat - 14
vi. Ketua Beradat - 14
vii. Khalifah Kanan - ikut bilangan Khalifah
viii. Khalifah - ikut bilangan Khalifah Muda
ix. Khalifah Muda - 1 setiap gelanggang
Sandang Khas pelajaran:
i. Panglima Hitam - 1 setiap negeri
ii. Singa Malaya - 1 kebangsaan
Sandang Khas Jawatan Eksekutif
i. Waris Amanah - 1
ii. Ahli Lembaga Waris Amanah - 7
iii. Waris Kerabat + Kehormat - 10+8
Dengan demikian sekiranya terdapat murid Silat Seni Gayong Malaysia yang menerima sandang selain dari sandang yang disenaraikan atau luar dari bilangan yang dibenarkan, maka sandang itu adalah anugerah peribadi. Sandang ini tidak dibenarkan dipakai dalam mana-mana acara Silat Seni Gayong Malaysia pada mana-mana peringkat kecuali dengan izin khusus.
Semua pengurusan Silat Seni Gayong Malaysia adalah diminta untuk memastikan supaya dasar ini dipatuhi demi menjaga keutuhan dan integriti pentadbiran organisasinya