top of page

KEMASKAN CARA ANGKAT HORMAT

7 Ogos 2024


Walaupun adat angkat sembah atau angkat hormat kini tidak lagi menjadi amalan, namun Silat Seni Gayong tetap mengamalkannya.  Malah amalan ini turut juga di amalkan oleh beberapa perguruan silat di samping turut juga dalam kalangan anggota masyarakat tertentu. 

 

Dalam hubungan ini amalan angkat hormat Silat Seni Gayong  hendaklah dikemaskan perbuatannya, dan dilazimkan secara betul dan meluas. Tafsiran angkat sembah hendaklah diberi makna angkat hormat secara jelas dari aspek istilah dan perbuatannya.  Walaupun perbuatan angkat tangannya sama, iaitu merapatkan telapak tangan, tetapi hendaklah tidak menundukan badan.  Badan hendaklah ditegakkan dan tangan diangkat dan ditempatkan dengan tafsirannya seperti berikut:



Permulaan angkat hormat ialah perbuatan seorang yang berkedudukan rendah kepada seorang yang berkedudukan lebih tinggi dan bukan sebaliknya.  Membalas hormat ialah dengan perbuatan hormat Atas Sanubari.

bottom of page