top of page

CATATAN SIDANG PERTAMA BADAN WARIS AMANAH SILAT SENI GAYONG, 6 JULAI 2024, KUALA LUMPUR (PUSAT SAINS NEGARA)

14 Ogos 2024




  1. Tujuan persidangan ialah untuk penubuhan Badan Waris Amanah Silat Seni Gayong. dan menjelaskan peranannya bagi menjaga pelajaran dan adat-istiadat Silat Seni Gayong di dalam dan di luar negara.  Persidangan diingatkan bahawa ilmu ciptaan dan susunan  ADMAR perlu dihormati akan pemilik serta pewarisnya.  Sejarah, pelajaran dan adat-istiadat ciptaan ADMAR telah didaftar sebagai harta intelek ke MyIPO pada 2023 (Julai dan Oktober).

  2. Persidangan mengambil maklum bahawa Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia (pwk) telah ditubuhkan untuk tujuan yang dinyatakan di samping menjaga kebajikan warisnya.  Penganjuran adalah kemuncak usaha PWK untuk memantapkan pengurusan yang dinyatakan dan  melengkapkan struktur pengendalian organisasi Silat Seni Gayong.

  3. Struktur yang diwujudkan mencakupi pengurusan Pertubuhan, Pelajaran dan Adat Istiadat dengan memperlihatkan kedudukan Waris Mutlak pada tempatnya sebagai pemilik ilmu dan adat yang diwarisi dari ADMAR.  Struktur ini juga menjelaskan hirarki serta rangkaian arahan diantara badan-badan pengurusan.

  4. Bersandarkan kepada duluan tindakan oleh ADMAR melalui Surat Warisan bertarikh 8 Sept. 1989,  Waris Amanah hendaklah dilantik bagi mendokong urusan menjaga pelajaran dan adat-istiadat Silat Seni Gayong.  Waris Amanah pula boleh melantik sebuah Lembaga bagi membantunya.  Kelayakan pemegang-pemegang jawatan ini adalah dalam kalangan murid silat yang mempunyai pengetahun yang mendalam mengenai pelajaran, adat-istiadat dan perjuangan Silat Seni Gayong.

  5. Persidangan dimaklumkan bahawa panduan telah disediakan untuk membantu Waris Amanah mentadbir organisasi masing-masing seperti yang disertakan dalam persidangan, dan juga akan dimuatnaik dalam web gayongadat.com.  Setiap negara luar akan diantik seorang Waris Amanah, manakala setiap oranisasi aliran ADMAR yang bertaraf kebangsaan dalam negara juga akan dilantik Waris Amanahnya. 

  6. Negara-negara yang telah menamakan Waris Amanahnya ialah United Kingdom, manakala pertubuhan dalam negara ialah Silat Seni Gayong Panji Alam dan Silat Seni Gayong Nusantara.  Masing-masing Waris Amanahnya akan dimajliskan penerimaan sandang dan watikah pada hari ini.

    Pertubuhan  yang telah ada Waris Amanah, ialah Gayong Malaysia, dan negara Amerika Syarikat (PSGB/USGF).

  7. Persidangan Badan Waris Amanah ditetapkan 2 tahun sekali.  Manakala perlantikan Waris Amanah lain-lain badan kebangsaan atau negara luar boleh dilakukan bila-bila kesempatan yang dapat diaturkan oleh organisasi berkaitan.  Pergerakan Waris Mutlak akan diaturkan atas persetujuan bersama, bagi menyempurnakan penyampaian sandang dan watikah.

  8. Wakil negara Singapura akan menamakan Waris Amanahnya dalam masa terdekat.  Perbincangan nakan diadakan bersama-sama dengan organisasi/ pertubuhan di negara berkenaan untuk tujuan ini.  Sementara itu maklumat persidasngan akan dimaklumkan kepada penganjur-penganjur kegiatan Silat Gayong yang ada di negara.

  9. Persidangan mengambil maklum bahawa negara Australi dan Peerancis juga telah diundang untuk melantik Waris Amanah masing-masing dan menyertai peersidangan.  Walau bagaimanapun tiada maklumbalas yang diterima dari negara tersebut.

  10. Terdapat 8 buah pertubuhan bertaraf kebangsaan di Malaysia juga tidak menamakan Waris Amanah, walaupun pemakluman dan tawaran telah dilakukan.  Pihak urus setia akan terus mengingatkan pertubuhan-pertubuhan ini supaya menamakan Waris Amanah masing-masing demi untuk memastikan penjagaan dan kawalan keaslian pelajaran dan adat-istiadat dapat diselia dengan rapi dalam kalangan murid organisasinya.

  11. Persidangan menerima pandangan supaya perlu ada usaha untuk mencari ilmu Silat Seni Gayong  yang kini ditinggalkan amalanya.  Langkah menubuhkan Badan Waris Amanah ini adalah wadah yang sesuai untuk inisiatif ini, dan lagi pula dilihat sebagai langkah permulaan untuk menyatukan semua badan aliran ADMAR, serta menyedarkan semua pengamal Silat Seni Gayong maklum dan kenal waris milik silat ini.

Persidangan ditangguh pada jam 4.30 ptg.

Commentaires


bottom of page