top of page

PERATURAN

ADAT

MUKADDIMAH

Assalamualaikum wbt.

 

     Peraturan-peraturan adat ini ditulis semula bagi melengkapkan perkara yang tidak dibincangkan dalam peratuan yang telah disediakan pada tahun tahun 2013 ketika Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia diterbitkan apabila dikehendaki Pertubuhan didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan.  Oleh kerana di dalam dokumen tersebut menyebut perkara adat khususnya dalam Fasal 27-30, maka pihak berkenaan telah meminta supaya dokumen Peraturan Kecil Adat turut disediakan bagi melengkapkan dokumen-dokumen dalam menguruskan Pertubuhan sebagai sebuah badan yang berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan.

     Peraturan Kecil Adat yang disediakan adalah bersifat sebagai panduan kasar dengan hanya bermatlamatkan untuk mendapat kelulusan pendaftaran.  Justeru penulisan hal adat yang dimuatkan tidak bersifat komprehensif dan terpeinci, dan dengan demikian terdapat perkara yang dimuatkan tidak konsisten dengan pemahaman dan terjemahan adat sebenar seperti yang diasaskan dalam susur galur  sejarah pengajaran dan pewarisannya yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Rahman Hashim.

     Namun begitu penulisan Peraturan ini belummlagi dibentangkan kepada Lembaga Waris Amanah dan Waris Mutlak untuk mendapat pandangan dan seterusnya pengiktirafan.  Sebagai asas rujukan, penulisan ini boleh memberi panduan kepada perkara-perkara asas adat kerana sebahagian besar dari kandungan perbincangan adalah dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa, Cuma dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun dengan ditokok tambah butirannya.

 

Sekian.  Terima kasih

HAJI MOHD ANUAR HAJI ABDUL HAMID KSD, ANS, PJK

Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan 

merangkap

Ahli Lembaga Waris Amanah

NAMA

1. Pengurusan badan adat pada peringkat pusat adalah terdiri daripada:

a. Lembaga Waris Amanah

b. Lembaga Waris Kerabat

c. Lembaga Beradat Kebangsaan

2. Pengurusan badan adat pada peringkat negeri ialah Lembaga Beradat Negeri

TEMPAT URUSAN

3. Tempat urusan badan adat pada peringkat pusat ialah di 303 Jalan B8 Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

4. Tempat pengurusan badan adat pada peringkat negeri ditentukan oleh Lembaga Beradat Negeri masing-masing.

TUJUAN / MATLAMAT

5. Kewujudan badan adat ialah untuk menentukan supaya:

a. pelaksanaan Silat Seni Gayong Malaysia terkawal dan teratur pengurusannya dari aspek pentadbiran,

    kewangan, adat-istiadat dan pelajaran,

b. membentuk keperibadian yang berhemah dan mulia dalam kalangan generasi pemimpin masyarakat silat,

c. membangun dan membentuk jatidiri murid-murid silat.

KEAHLIAN AHLI BADAN ADAT

6.  Semua orang yang telah menjalani upacara majlis perlimau tapak (lelaki) atau perlimau seni (perempuan) adalah

     seorang ahli kepada badan adat yang disebut sebagai  murid Silat Seni Gayong Malaysia.  Dengan status ini

     mereka berhak untuk belajar, berlatih, menerima bengkung, memegang sandang dan memegang jawatan adat

     apabila ditunjuk dan dilantik oleh badan adat pada peringkatnya.

7.  Seorang murid Silat Seni Gayong hendaklah mempunyai sijil pengiktirafan menjalani upacara perlimau bagi

     menuntut haknya seperti dalam Peraturan 6.  Dalam upacara perlimau seseorang itu akan menjalani upacara akad

     berguru, ikrar taat setia dan mandi (limau/bunga)

PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

8.  Perberhentian seorang murid adalah atas dasar permintaannya atau berlaku perlanggaran ikrar kesetiaan

     (Peraturan 9) seperti ketika menjalani upacara perlimau.

9.  Lantikan terbatal dan kuasa sandang gugur sekiranya pemegang atau penyandang:

a. meletak jawatan atau;

b. uzur dan tidak mampu menjalankan tugas;

c. disabitkan salahlaku jenayah oleh mahkamah atau;

d. meninggal dunia

STRUKTUR BADAN ADAT

10.

WARIS MUTLAK

WARIS AMANAH

WARIS KERABAT

BADAN ADAT KEBANGSAAN

Imam Khalifah Agong

Timbalan Imam Khalifah Agong

Kipas Emas

(Lembaga Beradat Kebangsaan)

BADAN ADAT NEGERI

Waris Beradat

Ketua Beradat

Imam Khalifah

Timbalan Imam Khalifah

Kipas Emas

Khalifah Besar

Khalifah Kanan

Khalifah

Khalifah Muda

(Lembaga Beradat Negeri)

11.  Pelaksanaan Silat Seni Gayong Malaysia pada asalnya adalah berdasar kepada pengurusan adat.  Pengurusan ini

      telah ada sistem tadbirnya sendiri, kemudian dipertingkatkan dengan penubuhan Majlis Gurulatih dan

      Pentadbiran Pertubuhan  supaya pengurusan bidang-bidang berkaitan lebih tertumpu dan berfokus. Badan Adat

      distrukturkan mengikut hirarki dan dilambangkan dengan pemakaian sandang-sandang.  Sandang-sandang

      ini ditentukan fungsi atau jawatannya. Pada peringkat negeri sandang berjawatan diatur seperti berikut:

a. Imam Khalifah (1)

b. Timbalan Imam Khalifah (1)

c. Kipas Emas (1)

d. Khalifah Besar (4)

e. Waris Beradat (14)

f. Ketua Beradat (14)

g. Khalifah Kanan (mengikut bilangan daerah)

h. Khalifah/Sri Kandi (mengikut bilangan daerah)

i. Khalifah Muda/Sri Kandi Muda (mengikut bilangan gelanggang)

12.  Pada peringkat kebangsaan struktur Badan Adat ditetapkan seperti berikut:

a. Imam Khalifah Agong (1)

b. Timbalan Khalifah Agong (1)

c. Kipas Emas (1)

KUASA LANTIKAN JAWATAN ADAT

13. Kuasa tertinggi dalam mengendalikan lantikan jawatan-jawatan adat kebangsaan dan jawatan utama adat negeri

     dan pemakaian  sandang adalah kuasa Waris Mutlak setelah diberi nasihat dan disokong Lembaga Waris Amanah.

     Namun begitu pencalonannya adalah dari Badan Adat Negeri kecuali bagi jawatan-jawatan pada peringkat 

     kebangsaan.  Pencalonanya adalah dari Waris Amanah.

14. Diturunkan kuasa perlantikan jawatan-jawatan Waris Beradat dan ke bawah pada peringkat negeri kepada Imam

     Khalifah Negeri atau Timbalan Imam Khalifah Negeri (sekiranya jawatan Imam Khalifah tidak diisi atau tidak aktif)

     setelah mendapat pandangan dan sokongan Khalifah Besar.

15. Jawatan-jawatan utama pada peringkat negeri adalah ditunjuk oleh Waris Mutlak setelah mendapat nasihat dan

     sokongan Lembaga Waris Amanah.  Walaupun begitu pencalonannya adalah dari Badan Adat Negeri. Jawatan-

     jawatan utama termasuklah:

a. Imam Khalifah

b. Timbalan Imam Khalifah

c. Kipas Emas

d. Khalifah Besar

e. Pengerusi Lembaga Beradat

f. Pengerusi Majlis Gurulatih

FUNGSI BADAN ADAT

16. Waris Mutlak adalah merupakan seseorang yang berketurunan langsung dari darah Allahyarham Dato’ Meor

     Rahman Hashim.  Orang ini dipilih dan ditentukan berkesanggupan untuk memikul tanggungjawab dan memutus

     bicara ke atas dasar-dasar pengurusan dan perlantikan jawatan utama dalam Silat Seni Gayong Malaysia.

17. Waris Amanah (Lembaga Waris Amanah) adalah lantikan atas surat kuasa yang diturunkan oleh Allahyarham

     Dato’ Meor bertarikh 8 September 1998.  Surat itu menjelaskan bahawa hendaklah dinamakan 7 (tujuh) orang

     gurulatih yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dan luas dalam persilatan dan adat-istiadat  Gayong

     Malaysia untuk mentadbir dan menentukan kelangsungan Silat Seni Gayong Malaysia seterusnya.

18. Lantikan Waris Amanah adalah secara tunjuk oleh Waris Mutlak setelah merujuk kepada jawatankuasa yang

     dibentuknya untuk memberi nasihat. Seperti peranan yang dimainkan oleh Dato’ Meor dan Waris-waris Amanah

     selepasnya (3 orang), Lembaga Waris Amanh selanjutnya diperlukan untuk mengawalselia perjalanan Silat Seni

     Gayong secara menyeluruh termasuk perkara-perkara adat-istiadat, pelajaran, pentadbiran,dan kewangan.

19. Bidangkuasa Lembaga Waris Amanah ialah mengawalselia hal-hal adat-istiadat dan pelajaran. Pengerusi Lembaga

     Beradat Negeri dan Majlis Gurulatih Negeri dilantik oleh badan ini.  Pada peringkat negeri, pemegang jawatan

     Pengerusi Lembaga Beradat dan Pengerusi Majlis Gurulatih ditunjuk oleh Khalifah Besar negeri berdasarkan

     kepada pemerhatian (sandang, bengkung, kepimpinan dan sumbangan).  Nama yang dicadangkan akan diangkat

     untuk mendapat sokongan dan kelulusan Lembaga Waris Amanah dan pengesahan Waris Mutlaqk. Merujuk

     kepada struktur badan ini

20.  Waris Kerabat adalah merupakan institusi sokongan kepada pelaksanaan Silat Seni Gayong.  Ahli kepada

      institusi ini ialah dalam kalangan ahli masyrakat umum (orang politik, korporat, NGO, agensi kerajaan dan orang

      perseorangan).  Mereka menunjukkan minat dan berkesanggupan untuk memberi sokongan kepada gerakan

      Silat Seni Gayong Malaysia. Persetujuan untuk menerima keahlian adalah dirujuk dan diputuskan oleh Lembaga

     Waris Mutlak setelah mendapat nasihat dan sokongan Waris Amanah.  Penubuhan Waris Kerabat ini telah

     dipersetujui oleh Waris Mutlak pada 1 Oktober 2016.

21.  Badan Adat adalah sebuah institusi yang merangkumi jawatan dan jawatankuasa adat bagi mengawal dan

      mengendali perkara-perkara adat-istiadat, pelajaran, pentadbiran,dan kewangan supaya menepati falsafah serta

      matlamat kewujudan Silat Seni Gayong Malaysia.dalam landskap negara dan serantau.  Bagi tujuan penyelarasan

      fungsinya supaya berfokus dan teratur dan berkesinambungan, maka institusi ini dilaksanakan pada 2 (dua)

      peringkat seperti berikut:

a. Badan Adat Kebangsaan - membuat dasar

b. Badan Adat Negeri - melaksana dasar

22. Badan Adat Kebangsaan bertanggungjawab untuk merangka dasar-dasar pengurusan adat-istiadat,

     pelajaran, pentadbiran,dan kewangan Bagi menjalankan fungsi ini, maka terlebih dahulu hendaklah membentuk

     Lembaga Beradat Kebangsaan dan melantik pemegang-pemegang jawatan seperti di Peraturan 12.

23. Badan Adat Negeri bertanggungjawab untuk menterjemah dan melaksanakan dasar-dasar yang telah

     ditetapkan oleh Badan Adat Kebangsaan.  Bagi melaksanakan fungsi ini, maka terlebih dahulu hendaklah

     membentuk Lembaga Beradat Negeri dan melantik pemegang jawatan seperti di Perkara 11.

24. Lembaga Beradat Kebangsaan adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk merancang dan

     mengawalselia perjalanan Badan Adat Kebangsaan dan mengurusetiakan pelaksanaan badan Lembaga Waris

     Amanah dan Waris Kerabat.  Fungsi asasnya ialah perihal pengisian dan lantikan jawatan adat pada peringkat     

     pusat dan jawatan-jawatan utama adat pada peringkat negeri.

25. Lembaga juga mengurusetiakan mesyuarat dan perjumpaan Lembaga Waris Amanah dan Waris Kerabat, di

     samping menjaga kebajikan Waris Mutlak dan penglibatnnya dalam mesyuarat serta perjumpaan yang diadakan. 

     Ahli Lembaga adalah Pengerusi-Pengerusi Lembaga Beradat Negeri. Jawatan Setiausaha, Bendahari dan ahli

     tambahan (mengikut keperluan pengurusan) ditunjuk dan dilantik oleh Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan.

26. Pengurusan Lembaga Beradat Negeri hendaklah dilengkapi sekurang-kurangnya jawatan-jawatan berikut:

a. Pengerusi (1)

b. Timbalan Pengerusi (1)

c. Setiausaha (1)

d. Bendahari (Bendahari (1)

e. Ahli-ahli (mengikut bilangan negeri)

f.  Ahli tambahan( mengikut keperluan)

27. Lembaga Beradat Negeri (ahli) dilantik dalam kalangan pemegang sandang sekurang-kurangnya Ketua

     Beradat.  Pengerusi Lembaga setelah ditunjuk dan dilantik oleh Waris Mutlak hendaklah melantik ahli-ahlinya

     mengikut keperluan dan kesesuaian bagi melaksanakan fungsinya dan memastikan pengisian dan lantikan jawatan

     adat pada peringkat negeri.  Lembaga juga hendaklah mengurusetiakan mesyuarat dan perjumpaan Imam

     Khalifah, Khalifah Besar bersama Waris/Ketua Beradat masing-masing. Agenda mesyuarat hendaklah berfokus

     kepada pelaksanaan perkara-perkara pentadbiran, kewangan, pelajaran dan adat-istiadat.

28. Pengurusan Lembaga Beradat Negeri hendaklah dilengkapi sekurang-kurangnya jawatan-jawatan berikut:

a. Pengerusi (1)

b. Timbalan Pengerusi (1)

c. Setiausaha (1)

d. Bendahari (Bendahari (1)

e. Ahli-ahli (mengikut bilangan daerah)

f.  Ahli tambahan( mengikut keperluan)

29. Majlis Gurulatih Kebangsaan adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk merancang dan

     mengawalselia pengembangan dan pembangunan pelajaran dan gurulatih Silat Seni Gayong Malaysia.   Ahli

     Majlis adalah Pengerusi-Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri. Jawatan Setiausaha, Bendahari dan ahli tambahan

     (mengikut keperluan pengurusan) ditunjuk dan dilantik oleh Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan.  Manakala

     Pengeruswi Majlis Gurulatih Kebangsaan ditunjuk oleh Lembaga Waris Amanah setelah mendapat persetujuan

     Waris Amanah.

30. Pengurusan Majlis Gurulatih Kebangsaani hendaklah dilengkapi sekurang-kurangnya jawatan-jawatan berikut:

a. Pengerusi (1)

b. Timbalan Pengerusi (1)

c. Setiausaha (1)

d. Bendahari (Bendahari (1)

e. Ahli-ahli (mengikut bilangan negeri)

f.  Ahli tambahan( mengikut keperluan)

31. Majlis Gurulatih Negeri mengawal selia pelakasanaan pelajaran dan pembangunan gurulatih pada peringkat

     negeri.  Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri ditunjuk oleh Lembaga Waris Amanah setelah mendapat persetujuan 

     Waris Mutlak.  Calon jawatan ini terlebih dahulu dikemukakan oleh Badan Adat Negeri. Pengerusi Majlis setelah

     ditunjuk dan dilantik oleh Waris Mutlak hendaklah melantik ahli-ahlinya mengikut keperluan dan kesesuaian bagi

     melaksanakan fungsinya.

32. Pengurusan Majlis Gurulatih Negeri hendaklah dilengkapi sekurang-kurangnya jawatan-jawatan berikut:

a. Pengerusi (1)

b. Timbalan Pengerusi (1)

c. Setiausaha (1)

d. Bendahari (Bendahari (1)

e. Ahli-ahli (mengikut bilangan daerah)

f.  Ahli tambahan( mengikut keperluan)

33. Pelaksanaan Majlis Gurulatih hendaklah dibaca sekali dan dirujuk kepada Peraturan Kecil Gurulatih.  Peraturan

      kecil ini akan mengandungi perkara

a. silibus pelajaran

b. peringkat bengkung

c. sistem ujian kenaikan bengkung

d. gred gurulatih

e. skim latihan gurulatih

34. Kipas Emas adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk penyelesaian konflik dan disiplin.  Perlantikan Kipas

     Emas Negeri ditunjuk oleh Waris Mutlak setelah dinasihat dan disokong oleh Lembaga Waris Amanah. 

     Pencalonan adalah dari Badan Adat Negeri. Kipas Emas adalah jawatan hakim di sesebuah negeri.  Pemegang

     jawatan berperanan untuk menerima, menyiasat dan seterusnya menjatuhkan hukuman kepada ahli yang

     melanggar peraturan dan syarat adat-istiadat dan kegurulatihan.  Jawatan ini dilantik dalam kalangan murid Silat

     Seni Gayong yang mempunyai pengetahuan luas dalam hal adat-istiadat dan kegurulatihan disamping syarat-

     syarat taraf sandang, bengkung dan kebijaksanaan (wisdom).

35. Diantara pemegang jawatan Kipas Emas negeri, akan dilantik seorang (1) sebagai Kipas Emas Kebangsaan. 

     Permasalahan yang tidak boleh diselesaikan pada peringkat negeri hendaklah dirujuk kepadanya atau jika

     terdapat rayuan dan memerlukan pertimbangan semula keputusan pada peringkat negeri.

36. Khalifah Besar memberi fokus kepada  4 bidang pengurusan (adat-istiadat, pelajaran, kewangan dan

     pentadbiran).  Setiap Khalifah Besar bertanggung jawab kepada satu bidang pengurusan ini. Khalifah besar

     adalah dilantik dalam kalangan pemegang sandang sekurang-kuranya Waris Beradat.  Badan Adat Negeri

     mencalonkan pegawai kepada Lembaga Waris Amanah untuk mendapat persetujuan ditunjuk oleh Waris Mutlak.

37. Jawatan Khalifah Besar dipegang oleh empat (4) orang  di setiap negeri. Mereka bertanggungjawab

     mengawalselia hal-hal yang dinyatakan. Penyandang jawatan ini adalah proksi kepada Imam/Timbalan Imam

     Khalifah sesebuah negeri. Khalifah-Khalifah Besar ini boleh memilih untuk memimpin dan mengurus  salah satu

     bidang mengikut bidang kepakaran atau minat (area of interest), namun demikian  apabila membuat keputusan

     dan memberi arahan, ianya berdasarkan kepada persetujuan bersama (collective).

38. Ketua Beradat dan Waris Beradat adalah kumpulan pemegang sandang yang bertanggungjawab

     merancang dan mengawalselia pelaksanaan Silat Seni Gayong Malaysia pada peringkat negeri. Pemegang

     sandang Ketua Beradat  adalah dilantik dalam kalangan pemegang sandang Khalifah Kanan. Pemegang sandang

     Waris Beradat adalah dalam kalangan pemegang Ketua Beradat, Dalam kalangan Waris Beradat maka diangkat

     untuk pencalonan pemegang jawatan Khalifah Besar dan Kipas Emas apabila terdapat kekosongan jawatan

     berkaitan.

39. Khalifah Kanan dan Khalifah (Sri Kandi) bertanggungjawab untuk mentadbir pelaksanaan Gayong

     Malaysia mengikut bidang yang ditetapkan (adat-istiadat, pelajaran, kewangan dan pentadbiran).  Bilangan

     pegawai adalah bergantung kepada bilangan daerah yang ada di sesebuah negeri. Khalifah membantu Khalifah

     Kanan untuk tujuan ini. Manakala Khalifah Muda (Sri Kandi Muda) adalah pegawai yang bertanggungjawab

     kepada pelaksanaan pada peringkat gelanggang bagi melaksana dan mengawal selia perkara-perkara yang

     dinyatakan.

40. Lembaga Beradat Kebangsaan, Majlis Gurulatih dan Pentadbiran mempunyai struktur pengurusannya masing-

     masing.  Dalam hubungan ini badan pentadbiran mempunyai peranan dan bidangkuasa eksklusif berlandaskan

     Perlembagaan, manakala Lembaga Beradat dan Majlis Gurulatih mempunyai peraturan dan  bidang kuasanya

     sendiri mengikut amalan pengurusan yang diwarisi dari Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahamn. Arahan dan salur

     rangkaian tadbir (authorithy  and chain of command) organisasi Pertubuhan adalah berpunca dari YDP

     organisasi.  Tatacara tadbirnya merujuk kepada Perlembagaan yang dibentuk mengikut panduan dan kelulusan

     ROS. Manakala arahan dan salur rangkaian tadbir Adat dan Majlis Gurulatih adalah bersumber dari Waris

     Amanah.

41. Jawatan-jawatan atau penyandang Khalifah Kanan, Khalifah dan Khalifah Muda bertanggungjawab untuk

     mengawalselia pelaksanaan adat-istiadat, pelajaran, pentadbiran dan kewangan mengikut peringkat  (protokol

     dan hiraraki), iaitu:

a. Khalifah Muda mengawalselia pelaksanaan adat-istiadat, pelajaran, pentadbiran dan kewangan di

   gelanggang

b. Khalifah mengawalselia Khalifah-Khalifah Muda mengendali gelanggang-gelanggang dalam sesuatu atau

   beberapa daerah

c. Khalifah Kanan mengawalselia Khalifah-Khalifah mengendali gelanggang-gelanggang dalam sesuatu atau

   beberapa daerah

     Bilangan jawatan Khalifah Kanan dan Khalifah adalah bergantung kepada jumlah gelanggang yang dikelompokkan

     mengikut kesesuaian dan keselesaan pengurusan daerah/negeri (jarak, kepadatan dan pentadbiran agensi

     berkaitan – seperti  daerah pendidikan, daerah polis, kawasan parlimen dsb nya.) masing-masing.

42. Dalam sistem struktur adat Silat Seni Gayong Malaysia  bilangan pemegang sandang Ketua Beradat ialah 14 orang

     dan bilangan penyandang Waris Beradat ialah juga 14 orang. Jumlah tersebut adalah jumlah maksima yang boleh

     diwujudkan.  Kumpulan penyandang sandang kedua-dua ini berfungsi sebagai penggerak badan adat. Dari

     kalangan ahli penyandang ini, akan dibentuk Lembaga Beradat Negeri. Mereka bersidang bagi merancang dan

     melaksanakan aktiviti adat-istiadat termasuk hal-hal pengisian jawatan adat serta penganugerahan sandang. 

     Lembaaga Beradat Negeri adalah urus setia kepada persidangan ini.

43. Sekiranya terdapat bilangan pemegang sandang melebihi bilangan jawatan,  maka pemegang sandang yang tidak

     memegang jawatan itu dibenarkan untuk memakai sandang yang diterima.  Dalam hal ini, jika berlaku

     sedemikian, Lembaga Beradat Negeri bolehlah mengatur supaya pegawai yang berkaitan digilir-gilirkan mengisi

     jawatan pada tempuh 3 tahun.

44. Bagi pelantikan dan penganugerahan sandang Imam Khalifah Negeri, dasar pencalonan layak   adalah merujuk

     kepada pemegang jawatan Ketua Menteri atau Menteri Besar sesebuah negeri. Sekiranya penerima sandang tidak

     lagi memegang jawatan tersebut, maka kuasa sandang yang diterima gugur.  Jawatan Imam Khalifah Negeri

     hendaklah ditawarkan kepada pemegang portfolio Ketua Menteri atau Menteri Besar yang baru.  Oleh kerana

     sandang ini adalah sandang berjawatan, maka penerima sandang hendaklah di perlimau kan terlebih dahulu.

45. Jawatan Timbalan Imam Khalifah Negeri hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang berguru (mempunyai 

     pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran dan adat) persilatan Silat Seni Gayong negeri berkenaan. 

     Tujuannya ialah supaya Imam Khalifah boleh merujuk dan dapat membuat keputusan yang menepati dengan

     dasar adat-istiadat serta pelaksanaan Silat Seni Gayong. Dalam ketiadaan Imam Khalifah tidak dapat

     melaksanakan tugasnya, perjalanan silat dikendalikan oleh Timbalan Imam untuk menyambung urusan yang

     tergendala.

FUNGSI BADAN ADAT

46. Setiap badan adat seperti di Perkara 1 dan 2 dikendaki mengadakan mesyuarat pengurusan sekurang-kurang

     sekali (1) setahun bagi mengawalselia pelaksanaan aktiviti yang dikendalikan pada peringkat masing-masing. 

     Bilangan mesyuarat boleh ditambah berdasarkan kepada keperluan terutamanya dalam membuat keputusan-

     keputusan dasar.

47. Dalam keadaan dimana terdapat keperluan mendesak dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka dibolehkan

     pihak urus setia (Lembaga Beradat Kebangsaan) mendapat maklumbalas ahli dengan mengguna teknolgi

     hubungan dalam tempuh (14 hari) dari notis dikeluarkan.

48. Ahli mesyuarat adalah dalam kalangan yang dilantik menganggotai setiap badan pengurusan seperti dalam

     Perkara 1 dan 2.  Jika terdapat bukan ahli yang hadir, maka orang berkenaan didaftar sebagai turut hadir. Cukup

     korum tidak mengambilkira orang berkenaan.  Ahli yang tidak dapat hadir boleh memberi proksi kepada

     mesyuarat akan sokongannya terhadap keputusan yang dibuat, dan ahli tersebut disenaraikan dalam senarai

     kehadiran sebagai hadir.

49. Pada peringkat kebangsaan hendaklah diadakan mesyuarat-mesyuarat pengurusan berikut sekurang-kurangnya

     sekali setahun:

a. Lembaga Waris Amanah

b. Lembaga Beradat Kebangsaan

c. Majlis Gurulatih Kebangsaan

50. Pada peringkat negeri hendaklah diadakan mesyuarat-mesyuarat-mesyuarat pengurusan berikut sekurang-

     kurangnya sekali setahun:

a. Lembaga Beradat Negeri

b. Majlis Gurulatih Negeri

51. Lembaga Beradat Negeri hendaklah mengatur pelaksanaan fungsi sandang, menyusun dan menjadualkan

     mesyuarat pengurusan dan operasi terutamanya pada lapisan struktur Khalifah Besar, bagi mengawalselia

     perjalanan Khalifah Kanan dan Khalifah/Sri Kandi mengendalikan adat-istiadat, pelajaran, petandbiran dan

     kewangan mengikut kawasan/daerah.  Khalifah Muda/Sri Kandi Muda sebagai pelaksana pada peringkat

     gelanggang hendaklah dibimbing dan diselia secara rapi bagi memastikan pengajaran dan latihan dilaksanakan

     mengikut objektif dan falsafah yang dianjurkan.

52. Waris Beradat dan Ketua Beradat adalah puncak pengurusan kepada pentadbiran barisan dan jalur khalifah di

     negeri masing-masing.  Selain dari mengaturkan mesyuarat dan perjumpuaan, badan ini juga melihat kepada

     pengisian jawatan-jawatan dalam struktur adat. Waris Beradat dan Ketua Beradat hendaklah menjadi pendesak,

     motivasi dan pemudahcara  kepada gerakan barisan dan jalur khalifah. Lembaga Beradat Negeri dibentuk untuk

     menyelia dan menyokong tugas-tugas yang dikendalikan oleh khalifah bagi pihak badan ini.

53. Imam Khalifah atau Timbalan Imam Khalifah (jika ketiadaan Imam Khalifah) atau Khalifah Besar yang terkanan

     (jika ketiadaan Timbalan Imam Khalifah)  hendaklah mempengerusikan mesyuarat Waris Beradat dan Ketua

     Beradat. (Badan Adat Negeri). Lembaga Beradat Negeri adalah urus setia kepada mesyuarat ini.  Mesyuarat juga

     akan dihadiri oleh semua Khalifah Besar.

54. Agenda mesyuarat pengurusan hendaklah diatur seperti berikut:

a. Ucapan Pengerusi

b. Membentang dan meluluskan Minit mesyuarat yang lalu

c. Perkara berbangkit dari minit mesyuarat yang lalu

d. Laporan Setiausaha

e. Laporan Kewangan

f. Laporan Jawatankuasa Kerja

   (adat-istiadat, pelajaran, pentadbiran dan kewangan)

g. Hal-hal lain

   (perkara yang hendak dimaklumkan  atau dan perkara yang hendak dilulus kan)

55. Laporan Jawatankuasa Kerja hal-hal adat-istiadat hendaklah mengenai perkara acara-acara perlimau, mandi

     minyak, khatam keris dan penyampaian sandang. Hal-hal pelajaran hendaklah memaklumkan perkara  silibus,

     ujian kenaikan bengkung, gurulatih dan program pembangunan gurulatih, manakala hal-hal pentadbiran

     hendaklah isu berkaitan perlantikan pemegang jawatan adat dan gurulatih, penyerahan sijil-sijil pesilat dan

     gurulatih.  Perkara kewangan hendaklah mengenai kutipan dan perbelanjaan yuran dan bayaran yang dikenakan

     atas acara-acara adat dan program pembangunan (kursus/bengekl/ seminar) gurulatih dan pesilat.

56. Tidak ada secara rasmi Lembaga Beradat atau Majlis Adat pada peringkat daerah atau cawangan.  Walaupun

     begitu tiada larangan untuk menubuhkan jawatankuasa kerja secara adhoc atau bersifat sementara jika timbul

     keperluan. Badan Adat hanya ada pada peringkat kebangsaan dan negeri.  Mesyuarat Lembaga Beradat Negeri,

     aturannya hendaklah mengikut agenda berikut:

a. Ucapan Pengerusi

b. Membentang dan meluluskan Minit mesyuarat yang lalu

c. Perkara berbangkit dari minit mesyuarat yang lalu

d. Laporan Setiausaha

e. Laporan Kewangan

f. Laporan Jawatankuasa Kerja

   (jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengendali perkara-perkara yang diarahkan oleh Badan

   Adat Negeri, status kutipan maklumat sandang, maklumat pengisian jawatan adat dan maklumat, kutipan

   yuran dan bayaran acara-acara adat dan status pengeluaran dan serahan sijil-sijil adat).

g. Hal-hal lain

   (perkara yang hendak dimaklumkan  atau dan perkara yang hendak diluluskan)

SANDANG

57. Sandang adalah merupakan budaya yang diwujudkan dalam Silat Seni Gayong bagi memberi pengiktirafan

     kepada individu yang telah memberi sumbangan kepada perkembangan (Sandang Kehormat) Silat Seni

     Gayong, dan untuk memberi pengiktirafan kepada murid (Sandang Berjawatan) Silat Seni Gayong yang telah

     mempamirkan dan membuktikan mempunyai keupayaan memimpin dan menunjukkan kesungguhan

     mengembangkan Silat Seni Gayong.  Selain dari sandang yang dinyatakan, Badan Adat juga mewujudkan

     Sandang Khas, iaitu sandang yang diberi kepada pesilat atau individu yang diberi gelaran yang diiktiraf kerana

     kecemerlangannya atau kedudukannya dalam komuniti Silat Seni Gayong.

58. Sandang Berjawatan yang diisenaraikan ialah sebanyak sebelas  (11) jenis. Syarat menerima sandang telah

     ditetapkan mengikut peringkat bengkung, dan jenis sandang terakhir yang disandang oleh penerima selain dari

     pengalaman dan jawatan adatnya.  Jawatan-jawatan yang dipakaikan sandangnya adalah merujuk kepada Perkara

     12 jadual di lampiran. Senarai sandang adalah seperti berikut:

a. Seri Mahkota Agong Cula Sakti

b. Seri Mahkota Agong Cula Sakti

c. Seri Mahkota Agong Cula Pelangi

d. Seri Mahkota Agong Bintang Pelangi

e. Seri Mahkota Agong Relang Pelangi

f. Seri Mahkota Bintang Pelangi

g. Seri Mahkota Relang Pelangi

h. Seri Mahkota Cahaya Pelangi

i. Seri Bintang Pelangi

j. Seri Relang Pelangi

k. Seri Cahaya Pelangi

l. Seri Pelangi

59. Sandang Kehormat yang diisenaraikan ialah sebanyak lapan (8) jenis.  Sandang yang diberi adalah atas sifat

     anugerah dan ianya diberi kepada orang awam yang berjasa kepada Silat Seni Gayong. Jenis sandang yang

     dianugerah adalah merujuk kepada senarai keutamaan persekutuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana

     Menteri (rujuk jadual di lampiran berkaitan).  Senarai sandang adalah seperti berikut:

a. Mahkota Agong Seri Pelangi Sakti

b. Mahkota Agong Seri Bintang Pelangi

c. Mahkota Agong Seri Relang Pelangi

d. Mahkota Seri Bintang Pelangi

e. Mahkota Seri Relang Pelangi

f. Mahkota Seri Cahaya Pelangi

g. Mahkota Cula Pelangi

h. Mahkota Bintang Pelangi

60. Sandang Khas diwujudkan untuk diberi kepada orang-perseorangan yang mempunyai kedudukan khas bagi

     menjaga kelangsungan  Silat Seni Gayong dalam aspek adat-istiadat, pelajaran, pentadbiran dan kewangan selain

     dari mereka yang sifat dan kebolehan yang cemerlang.  Terdapat tiga (3) Sandang ini yang diwujudkan:

a. Ahli Lembaga Waris Amanah dan Waris Mutlak

b. Singa Malaya

c. Panglima Hitam

61. Pemberian dan penganugerahan sandang hendaklah dirujuk kepada Badan Adat Negeri masing-masing.  Jika

     penerima sandang melibatkan jawatan adat kebangsaan dan jawatan-jawatan utama adat negeri (Perkara 15)             maka hendaklah mendapat sokongan dan kelulusan Lembaga Waris Amanah dan pengiktirafan Waris

     Mutlak setelah dicalonkan oleh Badan Adat Negeri.

62. Begitu juga kepada penerima Sandang Kehormat sekiranya penerima sandang adalah penjawat-penjawat awam 

     dan politik pada taraf agensi pusat dan pimpinan utama negeri. Penganugerahan Sandang Khas dikehendaki

     mengikut aturan yang sama.  Manakala lain-lain sandang adalah atas budi bicara pengurusan Badan Adat Negeri

     masing-masing.

PENYAMPAIAN SANDANG

63. Bagi memantapkan perkembangan Silat Gayong, acara ini perlu diperluaskan, terutamanya acara penyampaian

     Sandang Kehormat. Penyampaian Sandang Berjawatan hendaklah dibataskan kepada keperluan dan kekosongan

     jawatan adat di daerah dan di negeri.  Jika terdapat keperluan melantik lebih dari jumlah jawatan, maka perlu

     ditentukan jumlah yang bertugas itu mengikut jumlah yang ditetapkan. Selebihnya memakai sandang berkaitan

     pada tujuan sebagai kelengkapan di majlis-majis adat. Namun begitu mereka hendaklah ditempat kan

     bersesuaian dengan kedudukan kekananan sandang.

64. Penyampaian hendaklah dikendalikan dengan penuh sopan dan beradab.  Penyampaiannya hendaklah bersaksi,

     disampaikan oleh pemegang sandang yang selayaknya, dan lafaz penyerahan serta penerimaan disebut dengan

     jelas dan nyata (rujuk SPA berkaitan).

65. Merujuk kepada Surat Pekeliling Adat - Penyampaian Silat Seni Gayong Malayisa hendaklah disampaikan oleh

     pemegang Sandang Berjawatan mengikut kelayakan dan jenis sandang.  Syarat umumnya Penyampai Sandang

     hendaklah pemegang sandang yang lebih tinggi dari sandang yang hendak disampaikan. Setelah menentukan

     penyampai sandang  maka perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan asas penyampaian:

66. Semua pegawai adat dan dan tetamu dalam kalangan murid Gayong hendaklah berpakaian Kod 1 (Baju

     Kebangsaan Hitam Bertengkolok.  Sandang hendaklah dipakai jika ada). Penerima Sandang Berjawatan

     hendaklah juga berpakaian Kod 1 dan memakai sandang (jika ada), manakala Penerima Sandang Kehormat

     berpakaian Kod 2 (Baju Kebangsaan Hitam Bersongkok.  Hendaklah memakai sandang jika ada)

67. Setiap orang yang menerima sandang, hendaklah menerima terlebih dahulu surat tawaran rasmi, dan

     kemudiannya setelah menerima sandang hendaklah menerima sijil sandang dan surat rasmi perlantikan jawatan

     yang berkaitan. Manakala bagi penerima Sandang Kehormat, surat rasmi ucapan tahniah dan harapan  sokongan

     berterusan disampaikan dalam tempuh segera (7 hari).

KEWANGAN

68. Sumber kewangan adalah dari kutipan yuran aktiviti adat seperti Perlimau Tapak/Seni, anugerah sandang, jualan

     sijil adat, sumbangan dari orang perseorangan serta agensi-agensi dan lain-lain sumber yang difikirkan wajar oleh

     Lembaga Waris Amanah.  Kadar yuran dan kos dimaklumkan melalui surat-surat pekeliling adat yang sedang

     berkuatkuasa yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

69. Kewangan yang terkumpul yang agihkan kepada tabung pada peringkat Badan Adat Kebangsaan Kebangsaan atau

     Negeri hendaklah disalurkan secara langsung kepada akaun berkaitan.  Gurulatih atau penganjur hendaklah

     selepas menerima kutipan bayaran (yuran, sumbangan atau jualan) mengasingkan hak Badan Adat dan

     menyerahkannya kepada akaun bank yang ditetapkan dalam tempuh 7 hari.  Bukti penyerahan (slip bank)

     hendaklah disampaikan kepada Bendahari.

70. Dana yang terkumpul digunakan bagi agihan hak waris (Waris Mutlak) dan tujuan-tujuan berikut:

a. Pentadbiran aktiviti badan adat pusat dan negeri

b. Mengadakan gerakan sosial

c. Mendirikan rumah untuk urusan badan adat

d. Kebajikan murid, gurulatih dan pegawai adat

71. Wang-wang adat tidak boleh digunakan dengan secara langsung atau sebaliknya untuk membayar denda atau

     hukuman yang dikenakan oleh mahkamah kepada sesiapapun.

72. Wang-wang kepunyaan badan adat yang tidak dikehendaki untuk perbelanjaan biasa yang telah diluluskan

     hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan oleh Bendahari

     Kebangsaan atau Bendahari Negeri dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaannya. Kira-kira bank hendaklah

     dengan nama yang ditetapkan oleh Lembaga Beradat Kebangsaan.

73. Semua cek atau notis pengeluaran atas nama adat hendaklah ditandatangani bersama-sama oleh Pengerusi 

     (dimasa ketiadaanya) oleh Timbalan Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha, maka hendaklah Lembaga Beradat

     Kebangsaan melantik seorang dari mereka itu untuk menggantinya. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Lembaga

     berhak melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau notispengeluaran

     wang adat semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

74. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja)

     pada satu-satu masa dengan tidak perlu mendapat kebenaran Lembaga Beradat Kebangsaan terlebih dahulu.

75. Bendahari hendaklah menulis atau menguruskan supaya ditulis dalam Buku Kira-Kira mengenai keterangan

     penerimaan dan perbelanjaan wang adat. Apabila ia berhenti atau meletak jawatan, atau pekerjaannya pada bila-

     bila masa dikehendakinya membuat demikian oleh Lembaga, maka hendaklah ia menyerahkan kepada Lembaga

     dan ahli-ahlinya satu kenyataan yang sah lagi betul perihal sekelian wang yang diterima atau dibayarnya dalam

     masa yang baru lalu semenjak ia menerima jawatannya, atau jika ia tidak pernah membentangkan kira-kiranya

     terlebih dahulu itu dibentangkan. Maka hendaklah dinyatakan baki wang ditangannya pada masa menyerahkan

     kira-kira itu dan menerangkan lain-lain harta Pertubuhan dalam simpanan atau jagaanya.

76. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak

     boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat, dan perbelanjaan yang lebih

     daripada RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa

     mendapat kebenaran Lembaga Waris Amanah terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 5,000.00

     (Ringgit Malaysia Lima ribu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Lembaga

     Beradat Kebangsaan.

77. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik

     di bawah Fasal 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata

     kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan

     oleh Lembaga Waris Amanah Tahunan. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di

     alamat tempat urusan Lembaga Beradat Kebangsaan yang berdaftar.

78. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari.

JURUAUDIT

79. Dua orang yang bukannya pegawai Badan Adat boleh dilantik di dalam Mesyuarat Lembaga Waris Amanah sebagai

     Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan sehingga diberi notis tamat pada bila-bila masa yang dikehendaki.

80. Tugas dan tanggungjawab:

a. Mereka itu akan memeriksa kira-kira Pertubuhan pada penghujung tiap-tiap enam (6) bulan dan

   menyampaikan penyataannya kepada Lembaga Beradat Kebangsaan

b. Mereka itu juga akan memeriksa kira-kira Badan Adat pada akhir tahun dan menyampaikan penyatanya

   kepada Lembaga Waris Amanah.

c. Mereka juga boleh diminta untuk memeriksa kira kira setiap program bersama sama Pengerusi / Bendahari

   program.

d. Mereka juga secara automatik akan menjadi Pemeriksa kira kira dalam peraturan kecil Majlis Gurulatih.

81. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Badan Adat Kebangsaan dan Negeri bagi setahun.

     Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan

     Lembaga Waris Amanah. Mereka juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan

     mengaudit penyata kewangan adat negeri atau pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan

     membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat.

82. Lembaga Watis Amanah juga boleh melantik Pemeriksa kira kira Luar (Juru Audit Bertauliah) setelah mendapat

     kelulusan dalam mesyuarat.

PENTADBIR HARTA HARTA BENDA

83. Lembaga Beradat Kebangsaan dan Negeri boleh memiliki tanah, bangunan dan lain-lain harta-benda dengan apa

     jalan yang sah. Semua tanah bangunan dan lain-lain harta-benda melainkan wang dalam bank, atau simpanan di

     Bank hendaklah diamanahkan kepada tidak kurang dari 3 orang ahli.

84. Pemegang-pemegang Amanah hendaklah dipilih oleh Lembaga Waris Amanah.

85. Seseorang Pemegang Amanah itu akan memegang jawatannya sehingga dia meminta berhenti dan permintaannya

     itu diluluskan ataupun ianya diberhentikan Lembaga Waris Amanah.

86. Lembaga Waris Amanah adalah berhak di atas semua tanah, bangunan dan lain-lain harta benda Badan Adat

     Negeri yang telah dibubarkan.

87. Lembaga Waris Amanah berkuasa membuat sebarang peraturan yang berkenaan dengan harta benda itu.

88. Segala harta tidak alih Badan Adat hendaklah didaftarkan atas nama Lembaga Kebangsaan dan segala surat cara

     pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh

     seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan

     pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan Lembaga Waris Amanah.

89. Harta tidak alih Badan Adat tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Lembaga

     Waris Amanah.

PINDAAN PERATURAN

90. Sebarang pindaan peraturan hendaklah dirujuk dan diluluskan oleh Lembaga Waris Amanah.  Cadangan-

     cadangan disalurkan terlebih dahulu kepada Lembaga Beradat Kebangsaan untuk dibentang di mesyuarat

     Lembaga Waris Amanah.

91. Badan Adat tidak akan terbubar selagi pengajaran Silat Seni Gayong diteruskan.  Semua pelajaran Silat Seni

     Gayong adalah bersumberkan dari ciptaan Dato’ Meor Rahman Hashim.

bottom of page