MUKADDIMAH
Assalamualaikum wbt.
Peraturan-peraturan adat ini ditulis semula bagi melengkapkan perkara yang tidak dibincangkan dalam peratuan yang telah disediakan pada tahun tahun 2013 ketika Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia diterbitkan apabila dikehendaki Pertubuhan didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan. Oleh kerana di dalam dokumen tersebut menyebut perkara adat khususnya dalam Fasal 27-30, maka pihak berkenaan telah meminta supaya dokumen Peraturan Kecil Adat turut disediakan bagi melengkapkan dokumen-dokumen dalam menguruskan Pertubuhan sebagai sebuah badan yang berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan.
Peraturan Kecil Adat yang disediakan adalah bersifat sebagai panduan kasar dengan hanya bermatlamatkan untuk mendapat kelulusan pendaftaran. Justeru penulisan hal adat yang dimuatkan tidak bersifat komprehensif dan terpeinci, dan dengan demikian terdapat perkara yang dimuatkan tidak konsisten dengan pemahaman dan terjemahan adat sebenar seperti yang diasaskan dalam susur galur sejarah pengajaran dan pewarisannya yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Rahman Hashim.
Namun begitu penulisan Peraturan ini belummlagi dibentangkan kepada Lembaga Waris Amanah dan Waris Mutlak untuk mendapat pandangan dan seterusnya pengiktirafan. Sebagai asas rujukan, penulisan ini boleh memberi panduan kepada perkara-perkara asas adat kerana sebahagian besar dari kandungan perbincangan adalah dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa, Cuma dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun dengan ditokok tambah butirannya.
Sekian. Terima kasih
MAJLIS
WARIS
KERABAT
PENUBUHAN MAJLIS WARIS KERABAT ADMAR
Ahli Majlis Kerabat adalah terdiri dari 3 kategori keahlian, iaitu kategori ahli keluarga an anak-anak angkat Dato’ Meor. Kategori yang ketiga ialah Ahli Kehormat, iaitu terdiri dari orang perseorangan dalam kalangan yang ditunjuk oleh Hajah Siti Fadzillah dan disokong oleh keluarganya (anak-anak). Mesyuarat penubuhan Majlis telah diadakan pada 8 Feb 2020 di Hotel Riverside Tun Fatimah, Melaka ialah pada:
Ahli Jawatankuasa (Penaja)
Pengerusi
Timb Pengerusi
Setiausaha
Pen Setiausaha
Bendahari
Ahli-ahli
: Hajjah Siti Fadzillah bt Dato’Meor Abdul Rahman
: Siti Zubaidah bt Hussin
: Siti Aluyah bt Hussin
: Dr Mior Badrulhisham Kamaruzaman
: Halimatun Saadiah bt Hussin
: Shuib Bin Hussin
Abu Hurairah b Hussin
Ahmad Zabid b Hussin
Mohd. Soufi b Hussin
Masita bt Hussin
Siti Zulaikha bt Hussin
Siti Nurdiana bt Hussin