top of page

KOD

PAKAIAN

Pewujudan kod pakaian dalam pengurusan Silat Seni Gayong Malaysia ialah bertujuan untuk melihat supaya murid dan ahl Gayong Malaysia mengena pakaian yang bersesuaian dengan acara yang dianjurkan secara jitu dan konsisten.  Justreru langkah ini akan membina jati diri serta semangat bergerak dalam satu organisasi. Dengan penyeragaman protokol berpakaian gerakan Silat Seni Gayong Malaysia akan berada dalam kategori organisasi silat yang lebih teratur dan menyerlah dalam landskap seni bela diri negara setanding dengan  mana-mana gerakan pasukan pakaian seragam.

Kod Baju.jpg

PAKAIAN NO. 1

Kelengkapan Lelaki :

  1. Tanjak songket benang emas 

  2. Baju kebangsaan hitam berleher cekak musang 5 butang

  3. Seluar hitam

  4. Pendeng songket benang emas

  5. Kain Samping songket berbenang emas

  6. Kasut hitam

  7. Keris (pilihan)

  8. Sandang

Kelengkapan Wanita :

  1. Tudung (selendang) hitam kosong atau bercorak 

  2. Baju kebangsaan (kurung/kebaya labuh) hitam atau berorak

  3. Kain hitam kosong atau bercorak 

  4. Kasut hitam

  5. Sandang

MAJLIS

Pakaian ini dikenakan untuk :

  1. Di istana jika majlis berkehendakkan berpakaian adat

  2. Majlis dihadiri oleh dihadiri oleh Sultan/Raja atau kerabat Sultan/Raja berpakaian adat

  3. Majlis dihadiri oleh pegawai pembesar adat Silat Seni Gayong berpakaian Adat lengkap (Waris Mutlak, Ahli Lembaga Waris Amanah, Imam Khalifah Agong, Timbalan Imam Khalifah Agong, Imam Khalifah Negeri dan Timbalan Imam Khalifah Negeri) di majlis penyampaian sandang dan bengkong

PAKAIAN NO. 2

Kelengkapan Lelaki :

  1. Songkok hitam

  2. Baju kebangsaan hitam berleher cekak musang 5 butang

  3. Seluar hitam

  4. Pendeng songket benang emas (pilihan)

  5. Kain Samping songket berbenang emas

  6. Kasut hitam

Kelengkapan Wanita :

  1. Tudung (selendang) hitam kosong atau bercorak 

  2. Baju kebangsaan (kurung/kebaya labuh) hitam atau berorak

  3. Kain hitam kosong atau bercorak 

  4. Kasut hitam

MAJLIS

Pakaian ini dikenakan untuk:

  1. Majlis rasmi (makan malam/mesyuarat agong/jamuan ringan)

  2. Majlis dihadiri oleh dihadiri oleh Sultan/Raja atau kerabat Sultan/Raja tidak berpakaian adat

  3. Majlis dihadiri oleh pegawai pembesar adat Silat Seni Gayong tidak berpakaian Adat lengkap (Waris Mutlak, Ahli Lembaga Waris Amanah, Imam Khalifah Agong, Timbalan Imam Khalifah Agong, Imam Khalifah Negeri dan Timbalan Imam Khalifah Negeri)

PAKAIAN NO. 3

Kelengkapan Lelaki:

  1. Baju korporat lengan pendek

  2. Seluar hitam

  3. Kasut hitam (pilihan)

Kelengkapan Wanita:

  1. Tudung (pilihan) 

  2. Baju korporat labuh lengan panjang

  3. Seluar atau kain (pilihan) 

  4. Kasut hitam (pilihan)

MAJLIS

Pakaian ini dikenakan sebagai pakaian kerja di majlis rasmi (mesyuarat/ bengkel/ seminar/kursus)

PAKAIAN NO. 4a

Kelengkapan Lelaki:

  1. Tengkolok hitam

  2. Baju kurung hitam lengan panjang ¾ (teluk belangan/potongan v/perahu bugis) berlencana di dada kiri

  3. Seluar hitam ¾ labuh (paras betis)

  4. Berbengkung (tali pinggang)

Kelengkapan Wanita:

  1. Tudung (pilihan)/ tengkolok hitam

  2. Baju kurung hitam labuh lengan panjang berlencana di dada kiri

  3. Seluar panjang hitam labuh  

  4. Samping hitam (pilihan)

  5. Berbengkung (Tali pingang)

MAJLIS

Pakaian ini dikenakan sebagai pakaian medan pesilat di gelanggang latihan

PAKAIAN NO. 4b

Kelengkapan Lelaki:

  1. Tengkolok hitam

  2. Baju kurung hitam lengan panjang ¾ (teluk belanga/potongan v/perahu bugis) berlencana di dada kiri

  3. Seluar hitam ¾ labuh (paras betis)

  4. Sandang (Khalifah Muda/Khalifah/Khalifah Kanan/Panglima Hitam)

  5. Berbengkung (tali pinggang)

Kelengkapan Wanita:

  1. Tudung (pilihan)/ tengkolok hitam

  2. Baju kurung hitam labuh lengan panjang berlencana di dada kiri

  3. Seluar panjang hitam labuh  

  4. Samping hitam (pilihan)

  5. Sandang (Seri Kandi Muda/Sri Kandi/Sri Kandi Kanan)

  6. Berbengkung (tali pinggang)

MAJLIS

Pakaian ini dikenakan sebagai pakaian medan gurulatih di gelanggang latihan

bottom of page