top of page

BERITA

28 Ogos 2019


Lembaga Beradat Kebangsaan disepanjang pengurusannya semenjak tahun 2016 mendapati pengurusannya boleh diperkemaskan lagi dengan mewujudkan dasar supaya semua pemegang jawatan membuat ikrar taat setia dan merakamkannya dalam bentuk dokumen Aku Janji. Dalam hubungan ini, deraf dokumen Aku Janji ini telahpun disediakan dan kini berada pada peringkat mendapat pandangan balas dari beberapa pihak yang berkepentingan dalam pengurusan badan adat. Setiap orang yang menerima sandang berjawatan juga akan dikehendaki menandatangan dokumen tersebut.


Apabila dilaksanakan dasar ini bermula pada 1 Jan 2020, mreka yang melanggar janji yang dinyatakan dalam dokumen tersebut akan digantung perkhidmatan dan akhirnya dilucutkan jawatan jika didapati bersalah.

27 Ogos 2019


Semenjak tahun 2017 lagi usaha dilakukan untuk menggalakkan setiap murid Silat Seni Gayong Malaysia memliki Sijil Perlimau Tapak (lelaki) atau Sijil Perlimau Seni (perempuan) apabila menjalani acara-acara tersebut. Sijil-jil ini perlu sebgai dokumen bukti telah menjalani acara berkenaan apabila seseorang murid berpindah latihan dari gelanggang asalnya ke gelanggang lain. Surat Pekeliling Adat telahpun dikeluarkan sebagai panduan pelaksanaan kepada pihak-pihak pengurusan gelanggang khususnya gurulatih yang memimpin gelanggang.


Surat Pekeliling Adat tersebut antara lainnya memaklumkan bahawa kos sijilRM 5.00 sekeping. Kos ini adalah untuk mebiaya cetakan dan penghantar (pos) kepada gurulatih yang membuat pesanan. Sijil tersebut akan tercetak nombor kawalan pusat, nama penerima, tarikh majlis dan tempat majlis dijalankan. Sijil ini dilengkapkan dengan tanda tangan Pegawai Wakil Perlimau dan Setiausaha Adat Negeri. Penerimaan sijil dari tarikh membuat pesanan sehingga sampai kepada gelanggang ialah 14 hari jika pemohon mengikut syarat dan peraturan membuat permohonan.

26 Ogos 2019


Lembaga Beradat Kebangsaan sedang mengusahakan untuk mengambil langkah alternatif bagi membolehkannya mengendali akaun sendiri. Difahamkan terdapat pagawai-pegawai yang memegang jawatan adat tidak menyerahkan yuran yang terkumpul kerana khuatir penggunaannya tidak untuk tujuan pembangunan dan kekemasan bidang adat.


Tuan Haji Mohd Said Haji Mohd Nordin, Penolong Bendahari Lembaga Beradat Kebangsaan telahpun diminta untuk mengambil inisiatif mengenai perkara ini. Sebaik urusan berkaitan berjaya dilaksanakan maka, makluman akan dibuat kepada semua yang berkepentingan seperti Pegawai Perlimau, gurulatih dan lain-lain pihak mengenai nombor akaun bank dan nama bank yang dilantik.

Headline 1
bottom of page