top of page

BERITA

11 Jun 2024

Lantikan jawatan adat adalah hak Waris Mutlak.  Walaupun begitu kuasa dan mentadbir lantikan serta penyerahan sandang dan watikah yang berkaitan diperturunkan kepada Waris-Waris Amanah setiap organisasi yang diiktiraf sebagai organisasi kebangsaan.

 

Suka diingatkan bahawa struktur adat organisasi diketuai oleh Waris Amanahnya bagi menjaga pelajaran dan adat-istiadat sepertimana yang ditetapkan oleh ADMAR..  Manakala pentadbiran adat di ketuai oleh Imam Khalifah (Kebangsaan dan Negeri)0 yang dilantik oleh setiap organisasi bagi mengawal pelaksanaan dasar bidang tersebut yang diputuskan oleh Waris Amanah.

 

Kebelakangan ini, terdapat akademi dan kelab silat melantik pegawai adatnya.  Lantikan yang dibuat mengguna sistem dan struktur yang digunapakai oleh pengurusan adat negeri. Tindakan tersebut telah menimbulkan konflik dan kekeliruan kepada masyarakat Silat Seni Gayong kerana  berlaku pertembungan dan pertindanan jawatan-jawatan yang dilantik di antara badan akademi/kelab dengan organisasi negeri.  Konflik ini lebih terserlah lagi apabila berhimpunnya pemegang-pemegang sandang dalam sesuatu majlis satu-satu pertubuhan

 

Perkara berikut hendaklah diambil maklum:

a. jawatan Imam Khalifah sehingga Ketua Beradat adalah hak Badan Adat Negeri.  Bilangan setiap jawatannya telah ditetapkan oleh Waris Mutlak seperti berikut

i.           Imam Khalifah               -           1 org

ii.         Timb Imam Khalifah      -           1 org

iii.        Kipas Emas                   -           1 org

iv.        Khalifah Besar               -           (1-4) org

v.         Waris Beradat               -           (1-14) org

vi.        Ketua Beradat               -           (1-14) org

 

b. Jawatan Khalifah Kanan sehingga Khalifah Muda adalah mengikut bilangan gelanggang dengan nisbah 1:4 seperti berikut

i.           Khalifah Kanan              -           16 gelanggang

ii.         Khalifah                         -           4 gelanggang

iii.        Khalifah muda               -           1 gelanggang

 

Seorang Khalifah Kanan bertanggungjawab mengawal 4 Khalifah, seorang Khalifah bertanggungjawab mengawal 4 Khalifah Muda dan seorang Khalifah Muda bertanggungjawab kepada gelanggangnya.

 

Merujuk kepada perkara di atas, maka sesebuah akademi dan kelab hanya layak untuk mewujudkan jawatan-jawatan 4 b(i-iii).  Jumlah pegawai adat yang dilantik hendaklah mengikut bilangan gelanggang sepertimana yang dinyatakan dan hendaklah dimaklumkan kepada Badan Adat Negeri.  Jawatan Waris Beradat dan Ketua Beradat boleh dilantik oleh akademik/kelab jika terdapat kekosongan dalam pentadbiran adat negeri.  Lantikan ini hendaklah dirujuk dan diluluskan oleh Badan Adat Negeri organisasi masing-masing supaya jumlah ini tidak melebehi 14 orang bagi setiap satunya.

16 Mac 2024


Kenyataan media ini adalah berkaitan dan berikutan dari tindakan oleh waris ADMAR (Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman) mendaftar hak intelek ciptaan pelajaran dan adat-istiadat Silat Seni Gayong kepada MyIPO pada 25 Julai dan 10 Ogos 2023. Butir pendaftaran adalah seperti berikut:




  1. Dengan demikian pemilik hak ke atas harta intelek kini didaftarkan kepada Hjh Siti Fadzilah bt Dato’ Meor Abdul Rahman (anak) dan Siti Zubaidah bt Hussin (cucu). Manakala Pengurusan pentadbiran harta ini diletakkan dibawah kendalian pertubuhan waris kerabat ADMAR Malaysia oleh pihak berkenaan.

  2. Dimaklumkan bahawa pertubuhan waris kerabat ADMAR Malaysia ialah sebuah pertubuhan berdaftar kepada Jabatan Pertubuhan Negara (ROS). Pendaftaran pertubuhan Ini diluluskan pada 6 Oktober 2020. Tujuan penubuhan pertubuhan ini ialah untuk menjaga kepentingan harta intelek ciptaan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan hasrat utamanya supaya tidak dicemar keaslian ilmu dan adat-istiadat silatnya. Selain dari itu pertubuhan ini juga berperanan untuk menjaga kebajikan waris zuriat.  

  3. Keahlian kepada pertubuhan ini adalah terdiri dari waris zuriat (waris darah) dan anak-anak angkat yang diperlihara oleh Dato’ Meor. Bagi membantu dan menasihat perjalanan pertubuhan, Waris zuriat melantik secara berpilih beberapa orang murid Silat Seni Gayong dan anggota masyarakat sebagai ahli kehormat waris kerabat.  

  4. Pada hari ini terdapat lebih dari 70 badan silat di dalam negara dan di luar negara yang mengaku sebagai ajaran aliran ADMAR. Ada yang mendaftar perkataan Gayong pada nama pertubuhan, dan tidak kurang juga yang tidak, namun tetap mengaku sebagai aliran guru tersebut.  

  5. Atas perakuan ini badan-badan tersebut mengguna ilmu ciptaan ADMAR atas pelbagai tujuan terutamnya sebagai sumber pendapatan sebagai imbuhan mengajar, pengamal amalan adat-istiadat mahupun menjual item-item seperti lencana, bengkung, sandang, mengutip yuran keahlian, dan penulisan-penulisan bersumberkan nama atau hasil ciptaan Dato’ Meor.  

  6. Demi mengelak dan mengawal dari berlakunya ruang penyelewengan dan perkhianatan, pihak waris telah mengambil inisiatif mendaftar harta intelek admar dan menguatkuasa kesalahan penggunaan mana-mana item harta yang telah didatarkan seperti di jadual, dan memaklumkan kepada komuniti yang terbabit supaya mendapat kebenaran menggunanya berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh waris. Mengguna mana-mana item yang berdaftar adalah satu  kesalahan yang diperuntukan di dalam akta  

  7. Pemilik / pemunya karya hak cipta boleh bertindak membuat aduan & laporan keatas pelanggaran hak cipta yang diperuntukan di dalam akta hak cipta (pindaan) 2012 yang telah mula berkuat kuasa pada 1 mac 2012. Seperti:   (a). Tribunal hak cipta - perbadanan harta intelek Malaysia (MyIPO) (b). KPDN HEP (Hal Ehwal Pengguna) - Unit Khas Hak Cipta (c). Laporan polis - jenayah komersial  

  8. Dengan pemakluman ini, waris sebagai pemegang harta intelek ADMAR tidak mengeluarkan sebarang perakuan mengiktiraf mana-mana badan silat sebagai aliran ADMAR dan dibenarkan mengguna harta intelek yang telah didaftarkan, sehingga badan tersebut memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh waris. Segala urusan ini hendaklah dirujuk kepada pertubuhan waris kerabat ADMAR Malaysia.

Sekian. Terima kasih.


SITI ALUYAH HUSSIN

SETIAUSAHA AGUNG


8 Jan 2024

14 Mac 2024



Majlis telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Pengurusan Ahli Kehormat Waris Kerabat ADMAR Ke 3.  Seramai 14 orang telah menerima sandang Waris Kerabat, manakala 14 orang lagi menerima sandang berjawatan Adat Kedah.  Mereka yang menerima sandang Waris Kerabat adalah dalam kalangan waris zuriat ADMAR.  Yang lainnya pula adalah dalam kalangan mereka secara berpilih yang diangkat oleh waris zuriat sebagai kerabat.

 

Meraka yang diangkat sebagai kerabat, disebut sebagai Ahli Kehormat Waris Kerabat (AKWK) ADMAR. Ahli komuniti ini dipilih sendiri oleh Waris Mutlak yang mengikut pendapatnya boleh membantu menjaga dan melestarikan pelajaran dan adat-istiadat Silat Gayong sepertimana yang dicipta dan disusun oleh ADMAR.  Kumpulan ini telahpun berjaya mendaftarkan Waris Kerabat sebagai sebuah pertubuhan dan mendaftarkan pelajaran dan adat-istiadat  sebagai harta intelek ADMAR.

 

Dalam usaha untuk memantapkan adat negeri Kedah, Badan Adat Kedah telah mula menstruktur semula pemegang jawatan-jawatan adat negeri.  Langkah awal yang diambil oleh pihak pimpinan ialah melantik dan memberi sandang adat berjawatan kepada beberapa orang murid kanannya padfa 9 Mac 2024 yang lalu.  Antara jawatan sandang yang terlibat ialah Khalifah Besar, Waris Beradat, Ketua Beradat, Khalifah Kanan dan Khalifah. 

 

Badan Adat Kedah merancang untuk mengadakan majlis penyampaian sandang berjawatannya pada bulan Jun 2024 bagi melengkapkan anggota adatnya.  Kali ini akan diadakan di negeri Kedah.

Headline 1
bottom of page