top of page

BERITA

7 Ogos 2024


Walaupun adat angkat sembah atau angkat hormat kini tidak lagi menjadi amalan, namun Silat Seni Gayong tetap mengamalkannya.  Malah amalan ini turut juga di amalkan oleh beberapa perguruan silat di samping turut juga dalam kalangan anggota masyarakat tertentu. 

 

Dalam hubungan ini amalan angkat hormat Silat Seni Gayong  hendaklah dikemaskan perbuatannya, dan dilazimkan secara betul dan meluas. Tafsiran angkat sembah hendaklah diberi makna angkat hormat secara jelas dari aspek istilah dan perbuatannya.  Walaupun perbuatan angkat tangannya sama, iaitu merapatkan telapak tangan, tetapi hendaklah tidak menundukan badan.  Badan hendaklah ditegakkan dan tangan diangkat dan ditempatkan dengan tafsirannya seperti berikut:



Permulaan angkat hormat ialah perbuatan seorang yang berkedudukan rendah kepada seorang yang berkedudukan lebih tinggi dan bukan sebaliknya.  Membalas hormat ialah dengan perbuatan hormat Atas Sanubari.

4 Ogos 2024

 

Persidangan Pertama Badan Waris Amanah Silat Seni Gayong pada 6 Julai 2024 yang lalu bersetuju menerimapakai struktur pengurusan yang disediakan oleh Pertubuhan Waris Kerabat ADMAR Malaysia.  Struktur itu telah dapat meletakan Waris Mutlak dan Waris Zuriat pada tempatnya sebagai pewaris dan pemilik Silat Seni Gayong.  Asas membina struktur ini adalah merujuk kepada beberapa dokumen yang disediakan dan mendapat persetujuan ADMAR (Perlembagaan PSSGM 361 dan Surat Warisan 8 Sep 1989).  Sttuktur yang dibangunkan terpakai kepada semua pertubuhan di dalam negara dan di luar negara.


STRUKTUR PUSAT


STRUKTUR KEBANGSAAN


Headline 1
bottom of page