23 Ogos 2024
Pertubuhan waris kerabat admar malaysia telah menetapkan bahawa semua ahli bersekuitu dibenarkan mengguna pelajaran dan adat istiadat Silat Seni Gayong yang dicipta dan diaturkan oleh ADMAR. Ilmu ADMAR ini telah didaftar sebagai harta kepada MyIPO. Dengan demikian mengguna mana-mana harta intelek ini tanpa kebenaran boleh diambil tindakan undang-undang di bawah akta hak cipta (akta 332)
Kadar yuran menjadi ahli bersekutu ialah RM200 untuk tempoh 2 tahun. Hanya organisasi Silat Seni Gayong yang berdaftar boleh mengguna ilmu dan adat-istiadat dalam tempoh yang dinyatakan. Semua organisasi ini akan disediakan watikah keahlian masing-masing.