top of page

BERITA

29 Ogos 2019


Bagi melicinkan penyebaran maklumat berhubung dengan adat di negeri-negeri, pihak Lembga Beradat Kebangsaan akan menganjurkan kursus Pegawai Adat Negeri pada 14 Sept 2019 (Sabtu) di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Setiap negeri diminta untuk mengenalpasti ahli yang akan dilantik sebagai Pegawai Adat Negeri bagi menyertai kursus berkenaan. Kursus akan dikendalikan dengan mengguna pendekatan bengkel dan diskusi dalam menyampaikan kandungan (content). Pendekatan ini dirasakan akan lebih berkesan dalam meningkatkan pemahami bidang-bidang yang dibincang.dalam masa singkat.


Modul yang dibangunkan memerlukan para peserta menghadiri 9 jam atas tajuk perbincangan Struktur dan fungsi adat, kod pakaian, Sistem dan fungsi sandang, Acara-acara adat, dan Adat dan adab gelanggang dan majlis. Oleh kerana keperluan jehadiran yang agak panjang dan dengan matlamat supaya perbincangan tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa, maka diatur supaya para peserta hadir dalam dua hari kehadiran, itu satu hari (5 jam) yang diatur dalam bulan September dan sehari (4 jam) lagi dalam bulan Disember 2019.

27 Ogos 2019


Semenjak tahun 2017 lagi usaha dilakukan untuk menggalakkan setiap murid Silat Seni Gayong Malaysia memliki Sijil Perlimau Tapak (lelaki) atau Sijil Perlimau Seni (perempuan) apabila menjalani acara-acara tersebut. Sijil-jil ini perlu sebgai dokumen bukti telah menjalani acara berkenaan apabila seseorang murid berpindah latihan dari gelanggang asalnya ke gelanggang lain. Surat Pekeliling Adat telahpun dikeluarkan sebagai panduan pelaksanaan kepada pihak-pihak pengurusan gelanggang khususnya gurulatih yang memimpin gelanggang.


Surat Pekeliling Adat tersebut antara lainnya memaklumkan bahawa kos sijilRM 5.00 sekeping. Kos ini adalah untuk mebiaya cetakan dan penghantar (pos) kepada gurulatih yang membuat pesanan. Sijil tersebut akan tercetak nombor kawalan pusat, nama penerima, tarikh majlis dan tempat majlis dijalankan. Sijil ini dilengkapkan dengan tanda tangan Pegawai Wakil Perlimau dan Setiausaha Adat Negeri. Penerimaan sijil dari tarikh membuat pesanan sehingga sampai kepada gelanggang ialah 14 hari jika pemohon mengikut syarat dan peraturan membuat permohonan.

26 Ogos 2019


Lembaga Beradat Kebangsaan sedang mengusahakan untuk mengambil langkah alternatif bagi membolehkannya mengendali akaun sendiri. Difahamkan terdapat pagawai-pegawai yang memegang jawatan adat tidak menyerahkan yuran yang terkumpul kerana khuatir penggunaannya tidak untuk tujuan pembangunan dan kekemasan bidang adat.


Tuan Haji Mohd Said Haji Mohd Nordin, Penolong Bendahari Lembaga Beradat Kebangsaan telahpun diminta untuk mengambil inisiatif mengenai perkara ini. Sebaik urusan berkaitan berjaya dilaksanakan maka, makluman akan dibuat kepada semua yang berkepentingan seperti Pegawai Perlimau, gurulatih dan lain-lain pihak mengenai nombor akaun bank dan nama bank yang dilantik.

Headline 1
bottom of page