23 Mei 2022
ASSALAMUALAIKUM WBT
TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGUCAPKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH SBT KERANA ATAS KURNIA DAN IKHSANNYA KITA DAPAT BERTERMU PADA HARI INI. LEBIH DARI ITU PERTEMUAN INI PULA BERLANDASKAN KEPADA SEMANGAT KELUARGA BESAR SILAT SENI GAYONG.
KEBELAKANGAN INI SAYA RASA AMAT TERHARU KERANA RAMAI YANG MENYUARAKAN SUPAYA GERAKAN SILAT SENI GAYONG YANG PADA HARI INI BERPISAH-PISAH SEBAGAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN YANG BERASINGAN SUPAYA BERSATU.
SAYA LIHAT DAN DENGAR RAMAI YANG SUDAH MENGAMBIL LANGKAH KE ARAH INI. MALAH KE ARAH INI, SAYA DAN ANAK-ANAK TELAH MENUBUHKAN SEBUAH PERTUBUHAN YANG DIDAFTAR ATAS NAMA PERTUBUHAN WARIS KERABAT ADMAR. TUJUAN UTAMA PENUBUHAN PERTUBUHAN INI IALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN WARIS KETURUNAN ALLAHYARHAM DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN, AYAHANDA SAYA. DALAM MASA YANG SAMA BERHASRAT UNTUK MENJAGA HARTA INTELEK CIPTAAN ALLAHYARHAM DARI DISALAHGUNAKAN.
PADA HARI INI, SAYA INGIN MENYATAKAN BAHAWA TIDAK TERLINTAS DI HATI SAYA UNTUK MENYATUKAN SEMUA PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG, TETAPI LEBIH BERHASRAT HENDAK MENYATAKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG BERUSAHA MENERUSKAN PENGAJARAN SILAT YANG DICIPTA OLEH ALLAHYARHAM. GERAKLAH ATAS NAMA PERTUBUHAN MASING-MASING.
SAYA DOAKAN SUPAYA TUAN-TUAN BERJAYA. SAYA HARAP AGAR APA JUGA PERANCANGAN DAN TINDAKAN YANG DIAMBIL, HENDAKLAH BERDASARKAN ATAS MATLAMAT YANG SAMA DAN AKHIRNYA MENJURUS KE ARAH MENCAPAI MISI DAN VISI YANG DIIMPIKAN OLEH ALLAHYARHAM.
KEHADIRAN TUAN-TUAN PADA HARI INI AMAT DIHARGAI, DAN SAYA HARAP KITA DAPAT BERJUMPA SELALU SUPAYA SEMANGAT KEKELUARGAAN AKAN MENJADI LEBIH SUBUR. TADBIRLAH PERTUBUHAN TUAN-TUAN DENGAN TERATUR. DIDIKLAH ANAK-ANAK MURID TUAN-TUAN DENGAN BAIK SEHINGGA BERUPAYA MENERUSKAN PERJUANGAN KITA.
SEBELUM SAYA MENGUNDUR DIRI, SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YANG BERBAHAGIAN TAN SRI MUHAMMAD TAIB DAN TAN SRI DATUK ZAINAL DAHALAN KERANA SUDI MENYEDIAKAN TEMPAT DAN MENGGUNA KEMUDAHAN-KEMUDAHANNYANYA BAGI MENJAYAKAN PERJUMPAAN INI.
SEKALI LAGI, KEPADA YANG HADIR, SAYA UCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
SEKIAN.
WABILLAH HITAUFIK WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARUKATUH
TERIMA KASIH.