16 Mac 2024
Kenyataan media ini adalah berkaitan dan berikutan dari tindakan oleh waris ADMAR (Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman) mendaftar hak intelek ciptaan pelajaran dan adat-istiadat Silat Seni Gayong kepada MyIPO pada 25 Julai dan 10 Ogos 2023. Butir pendaftaran adalah seperti berikut:
Dengan demikian pemilik hak ke atas harta intelek kini didaftarkan kepada Hjh Siti Fadzilah bt Dato’ Meor Abdul Rahman (anak) dan Siti Zubaidah bt Hussin (cucu). Manakala Pengurusan pentadbiran harta ini diletakkan dibawah kendalian pertubuhan waris kerabat ADMAR Malaysia oleh pihak berkenaan.
Dimaklumkan bahawa pertubuhan waris kerabat ADMAR Malaysia ialah sebuah pertubuhan berdaftar kepada Jabatan Pertubuhan Negara (ROS). Pendaftaran pertubuhan Ini diluluskan pada 6 Oktober 2020. Tujuan penubuhan pertubuhan ini ialah untuk menjaga kepentingan harta intelek ciptaan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan hasrat utamanya supaya tidak dicemar keaslian ilmu dan adat-istiadat silatnya. Selain dari itu pertubuhan ini juga berperanan untuk menjaga kebajikan waris zuriat.
Keahlian kepada pertubuhan ini adalah terdiri dari waris zuriat (waris darah) dan anak-anak angkat yang diperlihara oleh Dato’ Meor. Bagi membantu dan menasihat perjalanan pertubuhan, Waris zuriat melantik secara berpilih beberapa orang murid Silat Seni Gayong dan anggota masyarakat sebagai ahli kehormat waris kerabat.
Pada hari ini terdapat lebih dari 70 badan silat di dalam negara dan di luar negara yang mengaku sebagai ajaran aliran ADMAR. Ada yang mendaftar perkataan Gayong pada nama pertubuhan, dan tidak kurang juga yang tidak, namun tetap mengaku sebagai aliran guru tersebut.
Atas perakuan ini badan-badan tersebut mengguna ilmu ciptaan ADMAR atas pelbagai tujuan terutamnya sebagai sumber pendapatan sebagai imbuhan mengajar, pengamal amalan adat-istiadat mahupun menjual item-item seperti lencana, bengkung, sandang, mengutip yuran keahlian, dan penulisan-penulisan bersumberkan nama atau hasil ciptaan Dato’ Meor.
Demi mengelak dan mengawal dari berlakunya ruang penyelewengan dan perkhianatan, pihak waris telah mengambil inisiatif mendaftar harta intelek admar dan menguatkuasa kesalahan penggunaan mana-mana item harta yang telah didatarkan seperti di jadual, dan memaklumkan kepada komuniti yang terbabit supaya mendapat kebenaran menggunanya berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh waris. Mengguna mana-mana item yang berdaftar adalah satu kesalahan yang diperuntukan di dalam akta
Pemilik / pemunya karya hak cipta boleh bertindak membuat aduan & laporan keatas pelanggaran hak cipta yang diperuntukan di dalam akta hak cipta (pindaan) 2012 yang telah mula berkuat kuasa pada 1 mac 2012. Seperti: (a). Tribunal hak cipta - perbadanan harta intelek Malaysia (MyIPO) (b). KPDN HEP (Hal Ehwal Pengguna) - Unit Khas Hak Cipta (c). Laporan polis - jenayah komersial
Dengan pemakluman ini, waris sebagai pemegang harta intelek ADMAR tidak mengeluarkan sebarang perakuan mengiktiraf mana-mana badan silat sebagai aliran ADMAR dan dibenarkan mengguna harta intelek yang telah didaftarkan, sehingga badan tersebut memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh waris. Segala urusan ini hendaklah dirujuk kepada pertubuhan waris kerabat ADMAR Malaysia.
Sekian. Terima kasih.
SITI ALUYAH HUSSIN
SETIAUSAHA AGUNG
8 Jan 2024