top of page

BERITA

12 Jun 2024



Waris Mutlak adalah istilah yang digunakan oleh ADMAR dalam Surat Warisannya bertarikh 8 September 1989.  Istilah ini merujuk kepada dirinya sebagai pencipta dan pemilik Silat Seni Gayong. Harta ciptaan ini hanya di waris kepada waris zuriat (darah)nya.  Perkara ini dinyatakan dalam dokumen Perlembagaan 361 (Peraturan 35:3(g)).

 

Memahami, mematuhi dan mengiktiraf kenyataan ini mengangkat martabat seseorang murid Silat Seni Gayong sebagai murid ADMAR.  Pada hari ini, dengan pemergiannya ke rahmatullah pada 23 Jun 1991, hak ilmu Silat Seni Gayong adalah waris zuriatnya sebagai Waris Mutlakl, Hajah Siti Fadzilah Dato’ Meor Abdul Rahman.  Mengingkari dan menidakkan perkara ini mengakibatkan terbatalnya hubungan mana-mana murid atau mana-mana Pertubuhan dari ADMAR.  Justeru murid atau Pertubuhan berkaitan tidak layak diktiraf sebagai pengamal silat ADMAR.

 

Status terbatalnya pengiktiraf boleh berlaku dengan mana-mana sebab berikut:

a.         tidak mengiktiraf kewujudan dan kuasa Waris Mutlak

b.         mengamalkan pelajaran dan adat-istiadat Silat Seni Gayong tanpa kebenaran

c.         fidyah perlimau tidak diserahkan kepada Waris Mutlak

11 Jun 2024

Lantikan jawatan adat adalah hak Waris Mutlak.  Walaupun begitu kuasa dan mentadbir lantikan serta penyerahan sandang dan watikah yang berkaitan diperturunkan kepada Waris-Waris Amanah setiap organisasi yang diiktiraf sebagai organisasi kebangsaan.

 

Suka diingatkan bahawa struktur adat organisasi diketuai oleh Waris Amanahnya bagi menjaga pelajaran dan adat-istiadat sepertimana yang ditetapkan oleh ADMAR..  Manakala pentadbiran adat di ketuai oleh Imam Khalifah (Kebangsaan dan Negeri)0 yang dilantik oleh setiap organisasi bagi mengawal pelaksanaan dasar bidang tersebut yang diputuskan oleh Waris Amanah.

 

Kebelakangan ini, terdapat akademi dan kelab silat melantik pegawai adatnya.  Lantikan yang dibuat mengguna sistem dan struktur yang digunapakai oleh pengurusan adat negeri. Tindakan tersebut telah menimbulkan konflik dan kekeliruan kepada masyarakat Silat Seni Gayong kerana  berlaku pertembungan dan pertindanan jawatan-jawatan yang dilantik di antara badan akademi/kelab dengan organisasi negeri.  Konflik ini lebih terserlah lagi apabila berhimpunnya pemegang-pemegang sandang dalam sesuatu majlis satu-satu pertubuhan

 

Perkara berikut hendaklah diambil maklum:

a. jawatan Imam Khalifah sehingga Ketua Beradat adalah hak Badan Adat Negeri.  Bilangan setiap jawatannya telah ditetapkan oleh Waris Mutlak seperti berikut

i.           Imam Khalifah               -           1 org

ii.         Timb Imam Khalifah      -           1 org

iii.        Kipas Emas                   -           1 org

iv.        Khalifah Besar               -           (1-4) org

v.         Waris Beradat               -           (1-14) org

vi.        Ketua Beradat               -           (1-14) org

 

b. Jawatan Khalifah Kanan sehingga Khalifah Muda adalah mengikut bilangan gelanggang dengan nisbah 1:4 seperti berikut

i.           Khalifah Kanan              -           16 gelanggang

ii.         Khalifah                         -           4 gelanggang

iii.        Khalifah muda               -           1 gelanggang

 

Seorang Khalifah Kanan bertanggungjawab mengawal 4 Khalifah, seorang Khalifah bertanggungjawab mengawal 4 Khalifah Muda dan seorang Khalifah Muda bertanggungjawab kepada gelanggangnya.

 

Merujuk kepada perkara di atas, maka sesebuah akademi dan kelab hanya layak untuk mewujudkan jawatan-jawatan 4 b(i-iii).  Jumlah pegawai adat yang dilantik hendaklah mengikut bilangan gelanggang sepertimana yang dinyatakan dan hendaklah dimaklumkan kepada Badan Adat Negeri.  Jawatan Waris Beradat dan Ketua Beradat boleh dilantik oleh akademik/kelab jika terdapat kekosongan dalam pentadbiran adat negeri.  Lantikan ini hendaklah dirujuk dan diluluskan oleh Badan Adat Negeri organisasi masing-masing supaya jumlah ini tidak melebehi 14 orang bagi setiap satunya.

Headline 1
bottom of page