23 Jan 2025
PERKONGSIAN AKTIVITI GELANGGANG
Assalamu'alaikum, ayahanda guru.. cikgu @60133464160 , gurulatih2, pembantu2 gurulatih, Anak2 Gayong KS yang dirahmati Allah.
Alhamdulillah wa Syukrlillah.. dengan izin & restu ayahanda guru, Program Ujian Kenaikan Bengkung @ Grading PSSGM Siri 1, 2025 telah diadakan di Dewan Gemilang SK Puncak Alam 2 (SEPADU) pada petang Ahad baru2 ini (19/1/2025). Para pesilat terdiri daripada pesilat2 gelanggang2:
1. Galuh Zulfaqar
2. Masjid Nurul Iman Ijok
3. SK Assam Jawa
4. SK Puncak Alam 2
5. SK Puncak Alam 3
6. Sek Men Islam & Tahfiz Quran Hira' Jeram
Seramai 117 orang para peserta daripada 6 gelanggang (dibawah kendalian kami).
Terima kasih atas kesudian ayahanda guru.. cikgu Haji Lamsah Arbai @ Bai @60133464160 'mencemar duli' sebagai Ketua Penguji, dibantu oleh cikgu Razmin @+60 10-226 8682 dan cikgu Yusman @+60 11-5879 5819.
Mohon maaf andai ada kekurangan sepanjang perjalanan program yang diadakan. Yang baik datang daripada Allah SWT. Yang kurang dan lemah datang daripada kelemahan diri kami sendiri..🙏🏻
Moga2 lebih ramai lagi anak2 muda Melayu Islam menyertai Silat Seni Gayong, mewarisi ilmu Silat Seni Gayong melalui proses adat & jelas sanad ilmunya. Duji kemampuan mereka mengikut tahap yang seharusnya. Moga semua anak2 pesilat ini istiqamah, cemerlang dunia & akhirat..🤲🏻
Semoga Gayong Kuala Selangor terus berkembang dan berterusan menzahirkan manfaat buat ummah, In Shaa Allah.
Terima kasih.
BarakAllahu fiikum.
Wassalam.