9 Jan 2024
PERTUBUHAN WARIS KERABAT ADMAR MALAYSIA
(PPM-021-05-06102020)
KENYATAAN MEDIA INI ADALAH MERUJUK DAN BERKAITAN DENGAN BERITA YANG DIKELKUARKAN OLEH SINAR HARIAN DALAM AKHBAR BERTARIKH 22 DIS 2023 BERHUBUNG DENGAN HARTANAH ALLAHYARHAM DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN, MAHAGURU SILAT SENI GAYONG, DI AIR KUNING, TAIPING PERAK.
DIMAKLUMKAN BAHAWA PERTUBUHAN WARIS KERABAT ADMAR MALAYSIA TELAH DILULUSKAN PENUBUHANNYA OLEH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) PADA 6 OKT 2020. TUJUAN PENUBUHAN PERTUBUHAN INI IALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN HARTA INTELEK CIPTAAN DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN DENGAN HASRAT UTAMANYA SUPAYA TIDAK DICEMAR KEASLIAN ILMU DAN ADAT-ISTIADAT SILATNYA. SELAIN DARI ITU PERTUBUHAN INI JUGA BERPERANAN UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN WARIS ZURIAT.
KEAHLIAN KEPADA PERTUBUHAN INI ADALAH TERDIRI DARI WARIS ZURIAT (WARIS DARAH) DAN ANAK-ANAK ANGKAT YANG DIPERLIHARA OLEH DATO’ MEOR. BAGI MEMBANTU DAN MENASIHAT PERJALANAN PERTUBUHAN, WARIS ZURIAT MELANTIK SECARA BERPILIH BEBERAPA ORANG MURID SILAT SENI GAYONG DAN ANGGOTA MASYARAKAT SEBAGAI AHLI KEHORMAT WARIS KERABAT.
YANG BERBAHAGIA HAJAH SITI FADZILAH DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN DIANGKAT SEBAGAI WARIS MUTLAK SILAT SENI GAYONG SETELAH KEMATIAN AYAHANDANYA DATO’ MEOR (23 JUN 1991). PADA KETIKA KEMATIAN DATO’ MEOR HAJAH SITI FADZILAH ADALAH WARIS TUNGGAL (HIDUP). ATAS KAPASITI SEBAGAI WARIS MUTLAK, HAJAH SITI FADZILAH JUGA JUGA DILANTIK SEBAGAI YANG DIPERTUA PERTUBUHAN INI.
PADA TAHUN 27 JAN 1971, DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK, ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH IBNI ALMAHRUM SULTAN ISKANDAR TELAH MERASMIKAN PUSAT LATIHJAN TERTINGGI SILAT SENI GAYONG DI LOT 15750 MUKIM TUPAI, DAERAH LARUT DAN MATANG YANG BERKELUASAN 1.1 EKAR. TANAH DI AYER KUNING TAIPING INI ADALAH TANAH KURNIA ISTANA PERAK KEPADA DATO’ MEOR ATAS JASANYA MENGEMBANGKAN SILAT SENI GAYONG
TANAH INI BERSTATUS TANAH PERTANIAN. SETELAH PEMERGIAN DATO’ MEOR, DAN ANAK ANGKATNYA SAZALI SALLEH @ DATO MEOR ABDUL RAHMAN PINDAH, RUMAH DATO’ TIDAK BERPENGHUNI DAN TERBIAR. PIHAK BERKUASA TEMPATAN TELAH MENGHENTIKAN BEKALAN LETRIK, AIR DAN KEMUDAHAN SALIRAN PERPARITAN KE RUMAH TERSEBUT.
DI ANTARA NAMA DI ATAS GERAN INI TERMASUKLAH HAJAH SITI FADZILAH (KINI DI TUKAR KEPADA SITI NURDIANA HUSSIN) DAN SAZALI (47/864 BHGN). PADA SETIAP TAHUN HAJAH SITI FADZILAH MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR CUKAI TANAH BAHAGIANNYA (3760/17280 BHGN).
WALAUPUN USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH TELAH LAMA TERPENDAM DALAM KALANGAN KELUARGA HAJAH SITI FADZILAH. NAMUN USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH INI TERHALANG ATAS SEBAB TEKNIKAL PEMILIKAN TANAH. NAMA-NAMA PEMILIK TANAH YANG DINAMAKAN DALAM SENARAI WARIS TIDAK DAPAT DIKESAN WALAUPUN RAMAI MURID SILAT GAYONG MENAWARKAN BANTUAN, TETAPI PERKARA ASAS INI MENJADI PENGHALANG UTAMA. PEMASAALAHN YANG DIHADAPI INI DILIHAT DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK.
HASRAT HAJAH SITI FADZILAH DAN KELUARGA, SERTA MURID SILAT GAYONG IALAH UNTUK MEMBANGUNKAN SEBUAH GALERI ATAU MINI MUZIUM DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN DISAMPING MEMBANGUNKAN SEBUAH PUSAT LATIHAN SILAT DI ATAS TANAH YANG DINYATAKAN. JASA DATO’ MEOR WAJAR DIABADIKAN DI TAPAK INI BAGI MANFAAT ANAK-ANAK GAYONG DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA, DAN JUGA MASYARAKAT UMUM SETEMPAT.
HAJAH SITI FADZILAH SERTA KELUARGA BERSEDIA UNTUK MENERIMA NASIHAT DAN BANTUAN BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT HAK MILIK TANAH BAGI MEMBOLEHKAN USAHA MEMBANGUNKANNYA SEPERTIMANA YANG DIHASRATKAN
SEKIAN. TERIMA KASIH.
SITI ALUYAH HUSSIN
SETIAUSAHA
24 DIS 2023