13 Feb 2025

Hak Mutlak Mahaguru Meor Abdul Rahman keatas adat istiadat dan ilmu silat seni Gayong melalui bayaran fidyah (pengeras) istiadat perlimau tapak dan seni oleh tiap-tiap sesorang untuk memasuki menjadi murid Silat Seni Gayung.
Bersumberkan Nas & dalil dari surat wasiat Mahaguru Meor Abdul Rahman bertajuk Pewarisan mengekalkan kesambungan Silat Seni Gayung bertarikh 8.9.1989 Air Kuning Taiping Perak Darul Ridzuan
Perengan Pertama (Petikan ayat 3 hingga 7)
Bahawa Silat Seni Gayong termasuk Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia adalah hak ciptaan saya sendiri. Tidak ada sesiapa di dalam dunia ini yang boleh mengakui dan diperakui menyatakan yang ciptaan mereka.
Perengan kedua (Petikan ayat 1 hingga 5)
Saya sebagai pewaris kepada datok saya, menurunkan kepada saya segala ilmu Silat Seni Gayong yang telah saya warisi selama sejak saya kecil lagi hingga kini (8.9.1989) saya menyedari yang saya perlu mewariskan untuk menyambung segala ilmu pelajaran silat seni gayung bagi masa depan.
Perengan ketiga (Petikan ayat 8 hingga 11)
Dan berkat daripada segi amanah yang telah saya pegang dengan mengikut syarat-syarat yang diwajibkan tiap-tiap sesorang untuk memasuki menjadi murid Silat Seni Gayung. Syarat-syaratnya ialah: (3). Jarum 11 batang, pengeras $11.50 dan barang-barang seperti Limau, Sintok, Pisang, Beras putih kuning dan jika seni tambahan pengeras $21.50, Jarum 21 batang, bunga 7 jenis dan ayam panggang hitam.
Tafsiran :
Allahyarham Dato Mahaguru Meor Abdul Rahman Uda Mohd Hashim selaku pewaris yang mewarisi ilmu melalui jalur keturunannya yang merangkumi adat istiadat dan matapelajaran dari jalur sanad datok beliau sendiri, Syed Zainal Syed Idris Al Attas menjelaskan syarat berikut sebagai penyambung, pengembangan serta penyebaran ilmu silat seni gayong.
ADMAR telah meletakkan syarat-syarat wajib untuk menjadi murid silat seni gayong antaranya adalah sumbangan fidyah Pengeras $11.50 dan jika Seni Pengeras $21.50. Fidyah Pengeras ini merupakan hak Mahaguru sebagai bayaran royalti dan hendaklah disambung kepada waris keturunan beliau (selepas ketiadaan ADMAR selaku pemilik karya ilmu & adat Silat Seni Gayong).
Pada 26 Julai 2023, Karya Ilmu matapelajaran, Adat Istiadat Silat Seni Gayong ciptaan ADMAR telah didaftarkan dibawah Akta Hak Cipta 1987.
Sebarang pengunaan karya cipta ADMAR tanpa kebenaran atau izin berdaftar merupakan satu pelanggaran keatas undang-undang perlindungan karya hak cipta yang boleh diambil tindakan dibawah akta berkaitan.