29 Dis 2022
Beberapa PSSGM cawangan negeri telah mengambil inisiatif membantu murid dan gurulatih yang terkesan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini. Bantuan yang diatur adalah berpusat kepada pengurusan negeri masing-masing. Pendekatan ini dilihat lebih berkesan dan semerta terutamanya apabila dikendalikan pada peringkat daerah atau gelanggang kerana hubungan rapat di antara sukarelawan dan mangsa bencana, iaitu antara murid segelanggang atau murid dengan gurulatih. Dalam situasi ini timbulnya rasa kesegeraan, simpati dan keikhlasan yang tinggi dalam diri mereka untuk menghulurkan bantuan.
Walau bagaimanapun murid dan gurulatih yang dapat dibantu amat bergantung kepada inisiatif dan kesedaran pihak pengurusan pada peringkat negeri, daerah mahupun gelanggang. Diyakini pihak-pihak lain seperti NGO, orang perseorangan dan kerajaan turut memberi bantuan kepada mangsa, namun bantuan dari ahli keluarga Gayong adalah lebih bermakna kerana ia akan mengukuhkan hubungan kasih sayang dan semangat kesetiaan yang dituntut dalam bai’ah seGayong ketika menjadi murid dan pula selari dengan ajaran agama Islam.
Dalam hubungan ini, ketika menghulurkan bantuan dahulukan apa yang diperlukan oleh mangsa kemudian baru diikuti dengan bantuan-bantuan lain. Bantuan itu akan lebih bermakna…. sama ada tenaga bersih rumah, alatan pembersihan, makanan, kain baju atau wang ringgit dll.
KITA JAGA KITA - KITA BANTU KITA