top of page

SANAD ILMU SILAT GAYONG

Rujukan dari sumber keluarga

Syed Ahmad Jamalullail saudara sebelah Sharifah Al'wiah Syed Zainal Al Attas


Syed Zainal Syed Idris dari keluarga Al-Attas ialah seorang hulubalang di Pahang yang terkenal dengan semangat penentangan penjajah serta menguasai ilmu persilatan yang tinggi. Beliau adalah sahabat karib pahlawan Mat Kilau dan Dato’ Bahaman, dan pernah menjadi penghulu di Pekan, Pahang (di bawah pentadbiran Tok Gajah). Pada tahun 1885, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Syed Zainal telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia.

 

Di Pulau Temiang, wilayah Jambi yang ketika itu dibawah naungan sultan Thaha Syaifuddin (digelar Pangeran Ratu Jayaningrat Raden) yang dinobatkan sebagai Sultan sekitar tahun 1855. Sultan Thaha Syaifuddin giat menentang campur tangan Pemerintah Hindia Belanda dan akhirnya gugur syahid dalam serangan soldadu Hindia Belanda pada 26 April 1904. Pulau Temiang terletak berdekatan dengan Pulau Bangka,Riau, mereka telah bertemu dengan Kerabat Sultan Thaha bernama Raja Ahmad Nazaruddin yang mengunakan gelaran Daeng Ambok Solok (bagi mengelak dijejaki talibarut Belanda).

Daeng Ambok Solok atau Raja Ahmad telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka “mengikat janji” untuk datang semula ke Pulau Temiang wilayah Jambi setelah selesai tugasan mendapatkan buah keras yang diamanahkan oleh Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Sekitar  penghujung tahun 1885, Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang, wilayah Jambi untuk menuntut ilmu perajurit seperti yang dijanjikan.Mereka telah menuntut ilmu  pahlawan Bugis selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok atau Raja Ahmad dan pulang semula ke Pahang pada 1888. Syed Zainal Al-Attas ialah nenda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng Uda Hashim.

ADMAR BERUCAP DI PERSEMBAHAN SILAT GAYONG, 1972

WhatsApp Image 2025-01-08 at 12.08.53 AM.jpeg

KELEBIHAN PEMBERITAHUAN SUKARELA HAK CIPTA

WhatsApp Image 2025-01-08 at 12.08.54 AM.jpeg

WAWANCARA GAYONG.TV

BERSAMA GURU DATO RAJA ABDUL MAJID MAT ISA

8hb September 2023


SEJARAH PELAJARAN GAYONG DAN LANGKAH SIKULANG


Dailog oleh Guru Majid;


Dia ... nama tapak sikulang itu iaitu tarian gayong, ... tari buah gayong ... sepertimana silat tari lain yang nak main, dia buat rumah sembah la..... kemudian, datuk Meor ni, bila dia, masa yang dia nak buat ni (susun pelajaran baru) ... kerna nak tarik cikgu Ahmad lazim ataupun cikgu Mat Hitam ni, dari kelantan dan terengganu, nak (bawak) balik mai Kedah... sebab cikgu Mat Lazim buat angkara yang memburuk kan nama gayong....

 

Jadi bila kita nak tarik dia, cikgu Mat Lazim ni, orang kelantan dan orang Terangganu sayang kat dia,... jadi apabila situlah, datuk Meor Rahman kata kat saya “ Hei Majid Hang kena susun pelajaran gayong ni, untuk kita bawak pergi kelantan nak bawak balik cikgu Mat Lazim”, ...kemudian saya kata, “nak susun lagu mana? .. saya tak dak, gayong dok belajar buah satu sampai tujuh, hat itu haa, saya kata”... yang lain dia kira buat buah pecahan ja dulu, macam buah lapan buah sembilan tu, dia panggil buah pecahan.... kemudian dia kata, “hang boleh laa” ... buat dimana, dirumah Raja Loop Rashid, orang kaya jajahan kerian, di parit buntar.

 

Buat situ.... kemudian Dato Meor dengan Raja Loop Rashid ni dok atas rumah dia, rumah dia (depan) berenda tu, depa duduk dua orang, Dato Meor kata,” Ha Majid hang buat laa”. ... maka saya, terpaksa susun, saya kata nak susun, tak pa bolehlah, saya reka tengok lah, dia kata, hang reka lah, hang boleh buat nya ... saya dok ingat, datuk Meor kata gayong ni tujuh pergerakan dia ... maka kita angkatlah (dua telapak tangan- angkat junjung sembah). Hormat pertama, lepas tu saya berpecahlah tujuh, lepas sampai ke tujuh berpecah tu, saya pun bangunlah, bukak tapak nya,... bila tapak tu,..kemudian kita nak masuk rapat kat musuh kita, macam mana? ... ha, langkahlah,.. kanan,... kiri, .... saya langkah kiri masuk kanan... kemudian dah sampai empat tapak kan? ...bila empat tapak tu, dia kata, masuk sikulang... langkah yang kelima tu, berpusinglah, berpusing tu ...mengadap, sama mengadap,.. yang tu dia panggil sikulang ... ha gitu, bila saya buat lagi,.. dia kata, haa yang tu baguih,.. hang buat lagu ni, dia kata, ..

 

Haa dia (Dato Meor) suka, dia kata saya ni, orang boleh ingat ... lepas tu, hang susun buah pelajaran pulak ... nak susun macam mana? Saya kata,... dia kata, “hang susunlah !!!”, yang mana aku bagi kat hang tu, hang susun” .... saya ambik lah, buah satu sampai buah tujuh, buah pasung cina jadi buah lapan, malaikat maut buah sembilan, Tali gantung buah sepuluh sehingga lah dua puluh satu tangkapan .... dari situ Hoa ei dia kata, hohaa yang ni elok, dia kata..jadikan pelajaran baru ... lepas tu, dia suruh pulak main buah pukulan, dulu dia tak da buah pukulan, main kombat jaa ... bila orang tumbuk, elak ...pak tangkap, pung sepak laung, sampai empat belas biji,...laa ni, hang susun buah pukulan, dia kata. Saya terpaksalah, bila orang tumbuk, saya elak, pung bung bagi, sampai dua puluh satu, Hahaa ni dia kata Baguih....

 

(Kalau ikut kan itulah pelajaran asal, dan silibus yang diluluskan oleh Dato Meor lah, 21 biji tangkapan kunci mati dan 21 buah pukulan, pukulan maut) lepas tu dia suruh susun balik, main.... main tangkapkan, dulu tak da, dia kata main buah gulung, lepas tu dia suruh kata, hang tangkap,... saya tunjuklah, tangkap buah satu sampai buah tujuh jadikan pentas satu, ...tumbuk lagi, buah satu sampai tujuh, bukak yang kedua,... jadi empat belas biji,.... tumbuk lagi tangkap buah satu pulak, bukak cara mana yang ketiga, jadi dua puluh satu,.... haa, jadi disitulah, jadi kata, bermain pentas pun tiga pentas 21 biji juga, pukulan 21 biji juga , kemudian tangkapan ni kunci pun 21, Haa, disitulah mula-mula bergerak, daripada tahun 1973 tu, buat dirumah Raja Loop Rashid itu.

 

Kemudian teruslah, balik mai sini, teruslah cari cikgu Awang, ... “Awang ! esok kita pi ke kelantan, dia kata”, daripada terenganu kita terus pi ke kelantan”, ...ambik lah cikgu Awang, pergilah saya, mak andak juga pergi, pergi sampai-sampai terengganu, singgah lah di terengganu dulu, singgah rumah Abu Johan, bapak Faridah tu, singgah rumah Abu Johan tu kerna Abu Johan masa tu dia jadi Yang dipertua Bandaran Kuala Terengganu, singgah -singgah rumah dia, Abu Johan kata apa kat Datuk Meor, kalau tak bawak balik ni, Mat Hitam ni, saya tembak mati, dia kata, pasal cikgu Mat Lazim dok kacau anak dia, Faridah tu, Faridah tu pulak ikut dia pi dok kelantan tak mau balik, Dato Meor kata, tak palah, saya akan pi tarik cikgu Mat lazim balik, ...

 

Haa!! Datin Faridah yang jadi perempuan cikgu Mat Lazim tu,... bila situ,... pi pi buat persembahan silat, dimana? di sekolah An Saniah pasir putih, panggil semua jawatankuasa negeri kelantan, panggil semua anak gayong, terus tengok saya main dengan cikgu Mat Khair, main dengan cikgu Kalsom, main silat, buah tangkapan, main pukulan apa semua, tunjuk kat orang kelantan, las las orang kelantan kata apa, depa seronok la, nak belajar lagi, tukarlah cikgu Awang duduk di kelantan, bawak lah balik cikgu Mat Lazim gi Kedah, bila bawak balik Mat lazim di kedah pon, Faridah ni pon dia dok gila, cikgu Mat Lazim balik mai Kedah, dia ikut mai juga Kedah, lama-lama bagi menikah jugak lah kan. Jadi start nye masaalah pelajaran baru ni, tahun 1973 sehinggalah ke hari ini. Arwah ni(Mat Lazim) semua dia mengaku dia susun. Sikulang di cipta pada tahun 1972. Tapak Sikulang ni awal dah ada dan pernah ditunjukan didepan Mat Kilau.

1962 - Juru-Jurulatih dilatih di Seni Gayong School Woodlands Singapura:
 

  • Kamari Melan

  • Abdul Majid Mat Isa

  • Harun Salleh

  • Nordin Abd Rahman

  • Awang Daud 

  • Ismail Chik

  • Ramli Ibrahim

  • Rahim Mat Aroff

  • Mohd Khir Saad

  • Abdul Rahman Abd Kadir.

1973 - ADMAR arah Majid Mat Isa & Awang Daud susun semula Pelajaran Silat Seni Gayong

(Kes nak panggil balik Mat Lazim dari Kelantan) 


Bertempat di Jajahan Kerian, Parit Buntar Rumah Raja Loop Rashid.


Cikgu Abdul Majid Mat Isa dan Cikgu Awang Daud diarah menyusun silibus tangan kosong pelajaran baru:
 

  • 21 biji tangkapan kunci mati 

  • 21 buah pukulan (Pukulan Maut)

  • Tiga (gulungan) permainan Pentas 21 biji (3 pentas X 7 buah setiap pentas)

1975 - Kursus Guru Jurulatih (HPCS):
 

  • Rokiah Naning @ Siti Kalsom Meor Rahman

  • Ahmad Lazim

  • Ahmad Ismail

  • Adivijaya Abdullah

  • Said Ghaffar

  • Noorsaii Yasin

  • Mustafa Kamal Shari

# Dari tahun 1973 / 1975 tiada kursus Jurulatih yang direkodkan atas arahan ADMAR hanya kursus khas Sundang pada sekitar 1986.

FOTO-FOTO BERSEJARAH

CARTA JALUR SANAD ADMAR

Carta Salsialah Sanad Gayong ADMAR.jpg

Merujuk kepada rekod catatan Allahyarham Cikgu Mohd Razali Salleh Setiausaha Agong PSSG (Malaysia) dari rekod Fail 1963 - 1998 menyatakan pada bulan Mei tahun 1973, kali pertama kursus Guru-Jurulatih telah diadakan di Air Kuning Taiping Perak, selama seminggu dan kali pertama juga dia (ADMAR) telah isytiharkan susunan tali pinggang warna putih, hijau, merah, kuning dan hitam. Nama-nama setiap tingkatan tali pinggang tersebut digelar "Bengkung Pelangi" Hijau, Merah dan Kuning. Manakala Untuk tali pinggang putih disebut "Awan Putih" dan tali pinggang hitam diberi gelaran "Harimau Pelangi Cula Sakti ".

 

Pada tahun 1975, dikeluarkan senarai sebelas (11) peserta yang lulus Kursus Guru-Jurulatih 1973 lalu. Senarai nama seperti dilampiran:

Image 2024-10-11.jpeg

ALMARHUM DATO MEOR,
FOTO SEKITAR 1987

Image 2024-10-10.jpeg

CATATAN SEJARAH MEOR RAHMAN UNTUK PANDUAN PENULISAN BERKAITAN KEARIFAN TEMPATAN TOKOH KEPIMPINAN BELIAU DALAM PERKEMBANGAN AWAL PERSILATAN.

(a). Sebelum negara kita mencapai KEMERDEKAAN, ADMAR pernah menjadi seorang JURULATIH SUPER COMBAT SENI GAYONG kepada TENTERA BRITISH di Tanah Melayu.

(b). ADMAR tidaklah mengajar TENTERA BRITISH ilmu-ilmu kerahsiaan kepahlawanan Bugis Melayu jalur sanad ilmu datuk beliau ( Syed Zainal Syed Idris Al Attas - Tok Morris / Tok Jenal)  kepada mereka (orang bukan Islam) melainkan gubahan pecahan Tapak Harimau dinamakan khusus GAYONG SUPER kOMBAT bermaksud tindakbalas pantas seni tempur tangan kosong tanpa senjata.

(c). ADMAR juga pernah ditawar pekerjaan oleh Pengarah Pendidikan Singapura (Syed Ahmad Syed Hudrus- saudara sebelah keluarga  ibu beliau) berkhidmat dengan pasukan tentera British di bahagian Royal Signal Corps Singapore.

(d). Setelah beliau berjaya menewaskan seorang jurulatih tempur berbangsa Hong Kong di Gillman Barrack, Mejar Malburn telah melantik beliau sebagai "Jurulatih tempur tanpa senjata" dalam pasukan tentera British. Ia merupakan satu penghormatan tertinggi kepada beliau kerana tiada seorang Melayu pun diberi tugas tersebut pada tahun 1938 hingga pecah perang dunia kedua 1942.

(d). Dalam tahun 1947, Kerajaan British telah menawarkan jawatan sebagai pegawai di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura. 


Setelah 4 bulan di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, beliau memohon bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah.
Pada mulanya beliau ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan untuk mencegah aktiviti penyeludupan dan penipuan. Kemudian beliau ditukar pula ke Bahagian Kepolisian di Balai Polis Central, Singapura sebagai seorang pegawai berpangkat sarjan. 

(e). Pada Februari 1942, Ilmu Gayong mula diperkenalkan serta diturunkan secara RASMI dengan 7 pemuda di Pulau Sudong, Singapura.

(f). Pada 23 haribulan Disember 1947, Meor Abdul Rahman telah dianugerahkan pingat King George IV atas sifat keberanian semasa berbakti kepada masyarakat dan kerajaan Singapura.

AHLI PERNIAGAAN .


Meor Abdul Rahman bersara dari perkhidmatan kerajaan dalam tahun 1961 untuk bergiat dalam bidang perniagaan.

Pada tahun 1948 - ADMAR memulakan usaha mengembangkan Silat Seni Gayong (ilmu perajurit) kpd masyarakat di Singapura & negeri-negeri Tanah Melayu. Juga kepada TENTERA BRITISH bagi pelajaran Kombat (Super Combat the art of Gayong).

Pada 1957, usaha memohon pendaftaran Silat seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan yang SAH di sisi perundangan negara. Tetapi belum diluluskan lagi waktu itu. Pada akhir 1959, ADMAR mula menpersiapkan sebuah Pusat Pengajian Tinggi Silat Seni Gayong di kediaman beliau di lorong  Tun Fatimah Woodlands, Singapura.

Pada 1960, ADMAR dengan RASMINYA membuka institut Latihan Silat Seni Gayong (Woodlands Seni Gayong School) Singapura dengan mendaftarkan sekolah itu dibawah pendaftaran syarikat (ROC) Singapura. Usaha pendaftaran syarikat ke pejabat ROC Singapura dibantu oleh Che Khalsom Hj Khecik Isteri beliau sendiri yang berpengalaman menguruskan perniagaan kedai jahitan.

DIPLOMA SENI GAYONG .


Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus – kursus yang ditawarkan.


Antara tenaga yang pengajar yang membantu Meor Abdul Rahman ialah Che Khalsom Bte Hj Khecik, Siti Aisyah bte. Meor Abdul Rahman, Nordin bin Abdul Rahman, Sidek, Majid bin Omar, Kamarie Atan dan Abdul Rahman bin Kadir. 

Akademi ini telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih semenanjung yang terkenal seperti  Hj Harun, Abdul Majid Mat Isa, Ramli Ibrahim, Ramli Mat Arof, Rokiah Bte Naning@Siti Kalsom Meor Abdul Rahman, Khamsiah M. Ali, Awang bin Daud dan Ahmad Bin Lazim.

Pada 1957, atas cadangan Onn bin Dato Jaafar penasihat undang-undang  kepada Meor Rahman  supaya pergerakan Silat Seni Gayong Ciptaan Meor Rahman didaftarkan sebagai sebuah Pertubuhan sah. Maka, usaha memohon pendaftaran Silat seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan sah telah gagal & akhirnya setelah diminta beberapa peratoran digugurkan pada perlembagaan yang dianggap boleh mengugat parti siasah, akhirnya pada 22hb Oktober 1963  pendaftaran pertubuhan telah diluluskan.

Alfatihah buat Almarhum Mahaguru Meor Abd Rahman pencipta dan pengasas Perguruan Silat Seni Gayong Malaysia dan dunia.

DATUK RAJA ABDUL MAJID MD ISA;
SEJARAH SIKULANG DAN PELAJARAN

Image 2024-07-01.jpeg
Image 2024-07-01.jpeg

ARTIKEL EHSAN: WARIS ZURIAT PWK ADMAR

Keratan Akhbar - Berita Harian 5.1.1970

SENDI HARIMAU KE SILAT SENI GAYONG - DARI KOTA SARANG SEMUT KE IBU KOTA 

Dalam persidangan perwakilan Persatuan Silat Seni Gayong yang ke-empat di Dewan Guru Alor Setar, Kedah pada 25 Disember 1969 yang lalu banyak perkara yang memberi perubahan-perubahan kepada persatuan ini telah diputuskan. 

Sa-ramai 120 orang wakil Chawangan, Daerah dan Negeri dari seluruh Malaysia turut hadir. Salah satu daripada perkara yang telah di-binchangkan ialah Ibu Pejabat PSSGM sekarang yang berada di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah ( Nota : Merangkap Pusat Latihan Tertinggi) akan di pindahkan ka-Ibu Kota Kuala Lumpur. 

Chadangan  ini ialah salah satu daripada usul dalam persidangan tahun lalu oleh wakil dari Terengganu, Encik Abu Johan bin Mohd Johor dan telah  dijadikan satu ajenda(agenda)  khas untuk dibincangkan pada tahun ini. Saya sudah merasa dari awal-nya perbincangan tersebut akan berbangkit di antara  perwakilan Negeri Kedah dengan lain2 perwakilan yang hadhir yang bersetuju supaya Ibu Pejabat PSSGM itu dipindahkan. 

Negeri Kedah yang mempunyai chawangan-nya yang paling banyak iaitu 15 chawangan tidak puas hati dan tidak mahu melepaskan chadangan ini. Selama sudah empat tahun sejak 1965, Kedah menjadi pusat dan tumpuan perwakilan-perwakilan sekalian dan dari Negeri Kedah juga mula bertapaknya 'Silat Seni Sendi Harimau' atau lebih terkenal lagi dengan 'Silat Seni Gayong'. 

Tetapi setelah mendengar beberapa pendapat dari perwakilan terutama perwakilan negeri Terengganu yang mula2 sa-kali mengeluarkan usul ini baru-lah perwakilan Negeri Negeri Kedah me- ngalah. Lepas dengan rasa pe- noh harapan la-itu pada suatu masa kelak Kedah akan di-kenang sa-bagal 'Rumah tempat P.S.S- G.M. di-lahirkan. 

Berpindah-nya Ibu Pe- jabat P.S.S.G.M, ka-Kuala Lumpur akan memberi satu nafas baru kapada ahli2 PSS.G.M. sekalian untok membangun ber- sama2 dengan persatuan2 lain yang sekarang ini sedang berpusat di-Ibu Kota. Maha Guru Meor Abdul Rahman menyambut baik keputusan ini. Beliau berkata: "Ibu Pejabat P.S.S.G.M. di-Ibu Kota akan menguatkan kan lagi chita2-nya untok mengembangkan Silat Seni Gayong ini sa-hing- ga ka-perengkat nasional dan antarabangsa. De- ngan ini juga keputusan untok mengadakan per- tandingan silat bagi tiap2 chawangan seluroh Ma- laysia akan dapat di-lak- sanakan. 

Di-samping itu usul bagi P.S.S.G.M. untok ber- niaga telah juga di-teri- ma. Perwakilan dari Ne- geri Perak. Enche Abu Bakar bin Mohd telah membuat usul ini. Chadangan ini telah di- sambut baik oleh perwa- kilan termasok Maha Gu- ru Meor Abdul Rahman. Jawatankuasa kechil te- lah di-lantek untok tu- juan tersebut. Mengepalai bagi panitia ini ia-lah Enche' Abu Ba- kar. Persidangan ini telah melantek Jawatankuasa yang baru terdiri dari:- Yang di-Pertua Silat Seni Gayong : Enche Meor Abdul Rahman, Naib Yang di- Pertua: Azhar bin Elias (Selangor), Setiausaha Agong Mohd. Razali bin Salleh (Selangor, Benda- hari Said bin Daud (Se- langor).

Jawatankuasa Ahli2 terdiri dari Abu Johan bin Mohd Johor (Trengganu). Hussain Yusoff (Kedah), "Baharudin. Mohd Sebe- rang Perai), Bakar bin Mohd (Perak), Kasnawi Kasdi ( Negeri Sembilan), Ariffin Abdullah (Kelan- tan), Abd. Majid Mohd Isa (Kedah), Siti Kalsom Meor Abd. Rahman (Pe- rak), Faridah Abu Johan (Trengganu), Zainab Z. Abidin (Selangor). 

Pada keselurohan per- sidangan tersebut Majlis P.S.S.G.M. telah juga me- nerima beberapa usul yang baik. Di-antara-nya ialah bersetuju untok meng- adakan jalur pewaris zuriat bagi Maha Guru Meor Abd Rahman sa-bagai pengasas Silat Seni Gayong atau 'Pelopor Silat Seni Sendi Harimau', dan meluluskan tambahan peratoran per- tubohan iaitu Majlis Guru2 Silat Seni Gayong' dan 'Chara2 Pertandingan Silat Seni Gayong' . Perjumpaan tersebut di- akhiri dengan pertunjo- kan silat dari Perwakilan Negeri Kedah dan jamuan teh. 

Pada sa-belah malam pula perwakilan sekalian telah di-raikan di -Malinja Restoren di Pekan Alor Setar dengan jamuan makan malam. 

Wartawan-MUSTAFFA MAHMUD
Berita Harian
5 Januari 1970. 

Ruj. fail Gayong: Arkib Kebangsaan Singapura

Image 2024-05-01 at 3.59.13 PM.jpeg

Ruj. fail rekod pej.setiausaha Agung PSSGM 361, 1994, Allahyarham Hj Mohd Razali Mohd Salleh

GAYONG SINGAPURA

FAKTA SEJARAH : CIKGU AWANG DAUD

Image 2024-02-06.jpeg

Beliau merupakan antara murid kanan Almarhum Mahaguru Meor Abd Rahman, Tuan Hj Awang Daud, Guru utama serta Pengasas Awang Daud Martial Arts Academy [ADMAA] bermula 1992 dan diperkenalkan kepada umum sekitar 1998.

1984 UPACARA KHATAM KERIS DI PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG SELANGOR

Image 2024-01-09.jpeg

WOODLANDS SINGAPURA,1957

Image 2024-01-03.jpeg

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Image 2023-12-28.jpeg

RENTETAN PENUBUHAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PECAHAN GAYONG

Image 2023-12-28.jpeg

Nama Pertubuhan-pertubuhan yang mengunakan tajuk nama Gayong yang berdaftar dgn pejabat pendaftar ROS (JPPM) yang mengakui dari jalur aliran sanad ADMAR adalah spt berikut: (1). Pertubuhan Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia.[Julai 1978].... (2). Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Serantau. [Ogos 1994]... (3). Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia. [Julai 2001] ... (4). Pertuhan Silat Seni Gayong Nusantara. [Januari 2012].  ... (5). Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. [ April 2013] .... (6). Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. [ Mei 2013]... (7). Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia. [Januari 2018] .... (8). Pertubuhan Seni Gayong Bersatu Malaysia. [Oktober 2021] ..... dan seterusnya lain-lain lagi ...

GALERI ARKIB MEOR ABDUL RAHMAN

MEOR ABDUL RAHMAN & MEOR ABDUL AZIZ

Meor-Abdul-Rahman_Meor-Abdul-Aziz.jpg

Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia dan keseluruhan ahli-ahli  Pertubuhan, mengakui bahawa Silat Seni Gayong ini adalah ciptaan Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Daing Uda Mohd Hashim dan bukan di tiru daripada silat silat atau seni beladiri yang lain.

WhatsApp Image 2019-11-12 at 17.05.38.jp

Keluarga besar Dato' Meor Abdul Rahman 1979 (PD)

FAKTA

Mahaguru Meor Abdul Rahman telah mencipta Silat Seni Gayong dengan terperinci dan lengkap merangkumi, sistem pelajaran ilmu Silat Seni Gayong, sistem adat Istiadat dan pengurusan Lembaga adat serta sistem pengurusan pentadbiran Pertubuhan.

Darjah  serta ilmu tertinggi  Silat Seni Gayong dilambangkan pada Tingkatan Talipinggang guru guru Silat Seni Gayong yang telah diturunkan dan diperakui sendiri oleh Mahaguru...

Datuk Mahaguru telah menurunkan pelajaran Silat Seni Gayong, Pecahan Matapelajaran, ilmu Seni senjata dan tahap menguasai ilmu "Seni Tapak Harimau" (Harimau Pelangi Cula Sakti - Tingkatan I hingga VII) kepada semua murid-murid nya yang terdahulu dan seterusnya diturunkan kepada generasi murid Gayong dimasa depan melalui sistem unik adat Istiadat Mandi Gayong Perlimau menerima murid iaitu " Akad menerima ilmu dari wakil-wakil Mahaguru (pegawai adat Wakil mandi Perlimau) yang seterusnya menyambung belajar pelajaran Silat Seni Gayong lalu berkembang biak hingga kehari ini.

Maka, perlambangan kuasa dan ilmu Tertinggi dizahirkan pada Talipinggang yang dipakai oleh Mahaguru Meor Rahman adalah Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan Tujuh.

Talipinggang ini adalah milik peribadi Mahaguru yang digelar namanya dengan panggilan "HARIMAU PELANGI AGONG MAHKOTA SAKTI". ..... Melambangkan hirraki tertinggi Ilmu pelajaran dan kuasa Mahaguru untuk melantik, memberi penarafan dan menarik pemberian...


Ianya juga lambang punca kuasa dan pemilikan keatas kuasa....

Maka tiada sesiapa dari kalangan mana-mana murid Gayong yang boleh memakai Talipinggang peribadi Mahaguru ini...

 

Dan tidak boleh diturunkan kepada mana-mana murid Silat Seni Gayong....

 

Talipinggang ini ( HARIMAU PELANGI AGONG MAHKOTA SAKTI ) hanya diturunkan kepada ZURIAT MAHAGURU sendiri - Amanah Mahaguru.

# Rujukan Dokumen berdaftar Perlembagaan & peraturan PSSGM 361 (Johore Bahru)

# Rujukan Kedua; (Surat Pewarisan 8.9.89)

Merujuk kepada Surat Pewarisan bertarikh 8/9/1989, muka surat 2 perengan 4, menyatakan bahawa Mahaguru Meor Rahman telah melantik dua orang pewaris perjuangan Silat Seni Gayung dimasa depan iaitu Puan Rokiah Bte Naning@ Meor Rahman bagi Bahagian wanita dan bahagian Lelaki kepada Hj Ahmad bin Lazim.

 

" Begitu juga tahap mereka berdua ini yang saya telah perturunkan segala ilmu di tangga Tali pinggang Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan 6 dan saya sendiri memegang Tingkatan 7, tidak ada yang lebih daripadanya."

Maka, ini menjelaskan bahawa Mahaguru Meor Abdul Rahman telah meletakan Zuriat beliau SEBAGAI penyandang Talipinggang  Hitam  Harimau Pelangi Agong Mahkota Sakti dan penyambung Kuasa penarafan ilmu, penerus punca kuasa yang akan mengawasi memayungi serta memandu perjalanan Silat Seni Gayong  seterusnya dimasa depan.....

# Jurai Zuriat Mahaguru sebagai penerus Gayong Meor Abdul Rahman dimasa depan..... Insyaallah

TOKOH LEGENDA GAYONG

Dato’ Harun Idris.jpeg

Dato’ Harun Idris adalah tokoh legenda Gayong yang banyak berjasa dalam perkembangan Gayong dalam Negara. Antara jasa beliau ada kaitan dengan program pengajian DIPLOMA EKSEKUTIF GAYONG adalah beliau yang membuka JALAN pada GAYONG masuk dalam UNIVERSITI AWAM ( IPTA ). Universiti Malaya adalah Universiti Perintis yang bersetuju melaksanakan aktiviti Kelab/Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti

INSTITUTE SENI GAYONG ATAU SENI GAYONG SCHOOL

Sebagai Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Pertama di Tanah Melayu. Pada awal tahun  1957, Mahaguru Meor Abdul Rahman mengisytiharkan rumah kediamannya sebagai Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong. Susulan daripada itu juga, sebuah Institusi Pendidikan Gayong yang dinamakan Sekolah Seni Gayong Woodlands didaftarkan untuk menjalankan aktiviti Silat Seni Gayong secara sah. Alamat rasmi sekolah ini ialah NO. 13-A Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.
 
Institut ini melatih para peserta kursus mengikut kategori tertentu.  Lulusan daripada Institut ini  dianugerahkan Sijil dan Diploma dalam Silat Seni Gayong. Pengarah institut ini ialah Mahaguru Meor Abdul Rahman  sendiri. Ia ditadbir oleh sebuah jawatankuasa dan mempunyai guru-guru khas.
 
Antara guru yang ditugaskan mengajar di institut ini  ialah :

1. Mahaguru sendiri
2. Cikgu Nordin bin Abdul Rahman ( berasal dari Perlis ), 
3. Cikgu Abdul Majid bin Omar,
4. Cikgu Sidek bin Shamsuddin
5. Cikgu Ramli (  ketiga-tiganya berasal dari Perak )
6. Cikgu Atan bin Osman ( berasal dari Melaka )
7. dan Siti Nur Aisyah bt Meor Abdul Rahman ( anak Mahaguru ).
 
Penuntut di institut ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk Singapura malah dari Semenanjung  Tanah Melayu. Antara guru kanan Silat Seni Gayong terkenal yang mendapat latihan di institut akademi ini ialah :

1. Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa, 
2. Cikgu Ramli bin Ibrahim, 
3. Cikgu Ramli bin Mat Aroff,
4. Cikgu Khamsiah bt Abdul Rashid,
5. Cikgu Awang bin Daud,
6. Cikgu Siti Kalsom
7. dan Cikgu Ahmad Lazim.
 
Latihan Silat Seni Gayong di Pusat Latihan Tertinggi diadakan pada tiap-tiap malam. Bagaimanapun, guru yang bertugas di situ hanya datang dua kali seminggu.  Murid Gayong atau guru yang mengikuti program latihan di Pusat Latihan Tertinggi kebiasaannya datang dari Singapura dan Johor. Pada malam yang tiada guru bertugas, latihan Silat Seni Gayong kebiasaannya dihadiri oleh murid  sekitar Woodlands dan Bukit Timah atas bimbingan murid yang lebih senior.
 
Semasa di Pusat Latihan Tertinggi ini barulah pelajaran senjata seperti simbat, parang, lembing dan cendai diperturunkan di Singapura. Bagaimanapun, pelajaran lembing dan cendai hanya diajar kepada sebilangan guru yang bertugas di Pusat Latihan Tertinggi sahaja.

Sebelumnya, Mahaguru Meor Abdul Rahman lebih menumpukan pelajaran Tapak Gayong dan Seni Keris.

Unit Penyelidikan dan Kajian ISG

PERKEMBANGAN SILAT SENI GAYONG TELAH TERSEBAR KE PELUSOK DUNIA BERMULA PADA ERA 50-AN LAGI.

Siapa tidak mengenali seorang tokoh persilatan Melayu yang bertaraf negarawan iaitu Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman ( ADMAR ), Mahaguru dan Pengasas Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.

Jasa dan bakti beliau kepada agama, bangsa dan Tanah Air tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Beliau mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi. Di zaman beliau semua sultan di Tanah Melayu mengenali beliau sebagai pejuang Tanah Air.

Seni Gayong merupakan salah satu Warisan Khazanah Negara yang perlu dipertahankan dan dilestarikan agar ianya terus relevan mengikut peredaran zaman dan kebolehpasaran oleh masyarakat dan kerajaan.

Jika kita mendalami perjuangan yang diusahakan oleh ADMAR banyak perkara-perkara yang dimodenkan oleh beliau. Pemikiran dan keilmuan beliau pada seni warisan telah meletakkan silat Melayu pada tahap yang tinggi di mata dunia. 

Tidak hairanlah kenapa beliau dikenali sebagai Mahaguru Legenda Melayu di abad yang ke 20. Beliau menjadikan silat mempunyai tempat di dalam agensi kerajaan seperti dalam latihan ARM dan PDRM sekitar awal tahun 70_an.

Mengenang jasa dan bakti beliau pada agama, bangsa dan Tanah Air amat layaklah beliau diberi penghormatan yang lebih tinggi dari kerajaan kerana jasa dan bakti beliau hampir 5 juta rakyat Malaysia dapat mempelajari Ilmu Kepahlawanan yang diasaskan dan dimodenkan oleh beliau.

Kredit gambar : Ridzuan Zain

Unit Penerangan Institut Silat Seni Gayong ( ISG )

KELUARGA HJH SITI FADZILLAH DATO' MEOR ABDUL RAHMAN

WhatsApp Image 2020-05-03 at 17.05.25.jp
WhatsApp Image 2020-05-03 at 17.05.26.jp
WhatsApp Image 2020-03-26 at 23.06.18 (1
WhatsApp Image 2020-03-26 at 23.07.38 (1

27hb JANUARI 1971

RUMAH PENINGGALAN DATO'MEOR ABDUL RAHMAN

GALERI

Dato' Harun Idris

bottom of page