MUKADDIMAH
Assalamualaikum wbt.
Peraturan-peraturan adat ini ditulis semula bagi melengkapkan perkara yang tidak dibincangkan dalam peratuan yang telah disediakan pada tahun tahun 2013 ketika Perlembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia diterbitkan apabila dikehendaki Pertubuhan didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan. Oleh kerana di dalam dokumen tersebut menyebut perkara adat khususnya dalam Fasal 27-30, maka pihak berkenaan telah meminta supaya dokumen Peraturan Kecil Adat turut disediakan bagi melengkapkan dokumen-dokumen dalam menguruskan Pertubuhan sebagai sebuah badan yang berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan.
Peraturan Kecil Adat yang disediakan adalah bersifat sebagai panduan kasar dengan hanya bermatlamatkan untuk mendapat kelulusan pendaftaran. Justeru penulisan hal adat yang dimuatkan tidak bersifat komprehensif dan terpeinci, dan dengan demikian terdapat perkara yang dimuatkan tidak konsisten dengan pemahaman dan terjemahan adat sebenar seperti yang diasaskan dalam susur galur sejarah pengajaran dan pewarisannya yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Rahman Hashim.
Namun begitu penulisan Peraturan ini belummlagi dibentangkan kepada Lembaga Waris Amanah dan Waris Mutlak untuk mendapat pandangan dan seterusnya pengiktirafan. Sebagai asas rujukan, penulisan ini boleh memberi panduan kepada perkara-perkara asas adat kerana sebahagian besar dari kandungan perbincangan adalah dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa, Cuma dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun dengan ditokok tambah butirannya.
Sekian. Terima kasih
KHALIFAH
GAYONG
PRINSIP PENGURUSAN DAN PIMPINAN SILAT SENI GAYONG
PENGENALAN
Dato’ Meor Abdul Rahman mengguna istilah KHALIFAH dalam jawatan-jawatan pimpinan dan pentadbiran Silat Seni Gayong. Hal-hal berkaitan dengan ini dirujuk secara simplicity sebagai adat yang melibatkan perkara pelajaran (silibus dan kegurulatihan), adat-istiadat pentadbiran dan kewangan.
Mengikut pandangan para ulamak bidangkuasa khalifah dalam siyasah syar`ieyyah, diistilahkan sebagai tanggungjawab wilayah al-Ammah, ianya merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan hidup untuk manusia di dunia dan akhirat. Kerahmatan, kedamaian dan kenteraman hidup individu, keluarga dan masyarakat dan keadilan hak dan tanggungjawab sesama manusia merupakan amanah Allah kepada manusia yang dilantik Allah menjadi khalifah-Nya di dunia ini.
Keselamatan hidup di akhirat hanya tercapai sekirannya manusia beriman kepada Allah dan melaksanakan seluruh tanggungjawab yang ditaklifkan kepada mereka. Begitu juga kedamaian hidup di dunia dan keadilan sesama manusia tidak akan tercapai melainkan dengan melaksanakan segala perintah Allah kepada manusia.
Oleh itu bidang pelaksanaan siyasah syar`ieyyah merangkumi keseluruhan tuntutan Islam yang syamil dan kamil; bermula daripada membentuk masyarakat dengan acuan Islam, mendidik keluarga-keluarga Islam dengan akhlak dan adab-adab Islam, menyusun dasar dan sistem kemasyarakatan dengan sistem-sistem Islam, membentuk dasar-dasar negara dan sistemnya dalam pelbagai bidang; sistem pemerintahan, dasar pendidikan, dasar ekonomi, dasar kebudayaan, sistem kehakiman, dasar luar negara dan sebagainya dengan asas-asas Islam. Iaitu asas-asas yang membentuk budaya pengabdian diri kepada Allah dan mengharapkan akhirat dikalangan pemerintah dan rakyat. Seterusnya memimpin pegawai-pegawai dan masyarakat agar merealisasikannya dalam kehidupan.
Bidang-bidang ini bolehlah di simpulkan sebagai:
1. Esekutif dan pentadbiran.
2. Kehakiman
3. Kewangan
4. Dakwah dan Jihad.
5. Pendidikan dan Kekeluargaan.
6. Memelihara Keamanan.
7. Pembangunan dan Kebajikan Awam.
TANGGUNGJAWAB KHALIFAH
Dalam erti kata lain pengurusan dan pentadbiran Silat Seni Gayong berlandaskan dan menggunapakai sistem Khalifah iaitu yang dianjurkan oleh Rasulallah SAW. Seorang Khalifah bertanggungjawab kepada semua urusan merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan hidup untuk manusia di dunia dan akhirat. Dalam konsteks silat, seorang Khalifah bertanggungjawab kepada semua urusan merangkumi segala bidang yang dapat mencapai kerahmatan kelangsungan Silat Seni Gayong, iaitu pelajaran, adat-istiadat, pentadbiran dan kewangan.
Perbezaan bidangkuasa di antara satu dengan lain jawatan-jawatan khalifah adalah bergantung kepada hairarki jawatan berkaitan mengikut aturan berikut:
Bersesuaian dengan prinsip ini, maka fungsi Waris Mutlak juga berpandukan konsep yang sama, iaitu bertanggungjawab kepada keseluruhan urusan organisasi. Waris Mutlak menentukan halatuju kesemua bidang, iaitu pelajaran, adat-istiadat, pentadbiran adat dan kewangan adat mencapai kehendak dan pencapaian visi dan misi organisasi. Ketetapan dan pengesahan sesuatu dasar adalah haknya sebagai pemilik Silat Seni Gayong atas dasar pewaris bengkung Harimau Pelangi Agong Mahkota.
Oleh kerana Silat Seni Gayong adalah sebuah organisasi yang mencakupi kegiatan organisasi di dalam dan di luar negara, maka Waris Mutlak melantik Waris-Waris Amanah bagi mengawal perkara-perkara yang dinyatakan bagi pihaknya. Seorang Waris Amanah dilantik bagi setiap organisasi yang diiktiraf sebagai kebangsaan (mempunyai cawangan) dalam negara, manakala seorang Waris Amanah dilantik untuk setiap negara luar.
Penubuhan Lembaga Waris Amanah adalah kuasa yang diberi dalam surat Warisan Dato’ Meor Abdul Rahman bertarikh 8 Sep 1989 yang menyatakan bahawa Waris Amanah boleh membentuk sebuah Lembaga yang dianggotai oleh 7 orang gurulatih. Gurulatih ini hendaklah yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pelajaran adat-istiadat, pelajaran dan pentadbiran untuk menasihatinya.
Seorang Waris Amanah dengan demikian boleh melantik Ahli Lembaga Waris Amanah tidak melebehi 7 orang. Bilangan ini bergantung kepada keperluan badan silat, terutamanya yang mempunyai cawangan berdaftar yang banyak.
STRUKTUR KHALIFAH
Maklumat Bahagian Kewangan
Tel/WA : +60 19 206 7671
E-mel : anuar_hamid@yahoo.com
Bank : CIMB Bank Berhad
No Akaun : 8604260157
Nama Akaun : Pertubuhan Silat Seni
Gayong Malaysia (Bahagian Adat)